PORTFOLIO MAKEOVER BLOG TUTORIALS FREEBIES AUTHOR BLOG HOME PAGE

KONSERT DIRAJA UKM 2017

Assalamualaikum bloggers.


Pada 18 Februari yang lepas, saya terlibat dengan persembahan bersama dengan peljar UKM daripada kelab Aadyamaatra untuk Konsert Diraja UKM. Harini saya nak kongsi pengalaman pertama saya terlibat bersama mereka.

Macam mana boleh terlibat?

Senior saya bagitahu ada sesiapa ke nak join persembahan untuk Konsert Diraja. Katanya diberi merit dan merit tinggi. Jadi saya pun taknak lah lepaskan peluang. Lagipun saya memang minat menari, jadi inilah peluang saya nak turut serta sama. Lepas bla bla bla bla, katanya perlukan seorang lagi perempuan. Jadi saya fikir lah, boleh ke erk saya join dengan mereka2 tu sebab hebat2 masing-masing. Lagipun saya seorang yang paling "junior" ketika tu. Hahahhaha, dan last sekali saya cakap saya nak!Terus diinvite kedalam group persembahan untuk hari tu.

Pada hari pertama praktis tu, memang nervous ah hahahaha. Sedikit demi sedikit dapat step tu. Ketika latihan tu, macam macam benda baru, posture badan yg betul saya belajar. Memang seronok lah.... penat tu biasa. Kalau dah minat, penat tu kena ketepikan.

Sehari sebelum show, keluarga decide nak datang tapi pas dah habis. Jadi keluarga tak dapat datang. Tu yang sodehhhhhhh tu :'(

Ni bukanlah persembahan pertama saya. Tapi nilah persembahan pertama saya dihadapan Yang Dipertuan Negeri Sembilan. Sebelum ni pernah terlibat dengn persembahan di Istana Budaya, JKKN, dan lain-lain. Serious nak cakap, dulu masa awal2 dulu menari masa 2007, menggeletar lutut, bibir menggigil bila senyum. Bila dah selalu menari, bibir menggigil tkde dah. nervous biasa je. Hahaha nasib mata rabun, so tak nampak audience. Nak pakai lens pun takut.

Akhir sekali, saya nak ucap terima kasih sebab bagi peluang terlibat sama :D

Saya nak share video short version dari UKM TUBE ketika konsert diraja haritu.


Ni pula video persembahan yang saya join :D Zapin Melayu.... video kredit: Maharam Mamat


Ni pula video persembahan Artis Budaya with all the seniors of Aadyamaatra Artis Sukma UKM

Share or Like, thank you.

Sambutan Hari Jadi Adik Kesayangan

Assalamualaikum bloggers.


Harini merupakan hari lahir adik kedua bongsu saya Nur Aliah Qistina. Sebenarnya, hari lahir dia saya sambut awal iaitu pada 11 Februari sebab saya dah nak balik UKM. Jadi saya sambut awal untuk bagi dia semangat supaya ke sekolah. hihihihi ^_^ Adik saya teringin nak ada ramai org, ada topi, ada kek, ada makanan, dan semua yang sepatutnya ada ketika "birthday party" . Jadi saya tunaikan permintaannya dia. Tapi tak jemput org lain, hanya family sahaja. Sebab ahli keluarga pun dah cukup ramai 9 orang.

Lama juga plan apa nak beli hadiah, kek apa semua. Kek yang dia minta kek panda atau frozen. Tapi sebab dah lambat so takleh order, jadi kita beli kek secret recipe. Mahal tu biasalah haha janji sedap.Masa hari kejadian tu, dia taktahu kitaorang nak suprise kan dia. Yang dia tahu, kitaorang tipu dia cakap pada hari kejadian tu hari jadi orang lain. Hahaha.


Sementara siapkan kek, hiasan, makanan semua, kakak dia bawak dia keluar kejap. Lepastu, kitaorang siap2 letak spek crown birthday dan cekak kat kerusi dan suruh dia pakai. Lampu kat dalam dah tutup. haha dia masuk je terus suprise kan. Dia macam nak menangis sebab kakak yang bawak dia keluar bagitahu dia yang saya dah balik ukm. hahahah padahal kita kat dalam tergelak2 nak suprise kan dia. Alhamdulillah semuanya menjadi. Dia pun suka. dapat kek, dapat kfc, dpt hadiah, happylah semua orang malam tu. Takpelah duit habiss banyak pun untuk adik kesayangan :'D tapi saya sayang semua adik saya. Saya cakap dia adik kesayangan sebab ingatkan dia adik yang terakhir, rupanya ada lagi satu adik :p hehehhee


Ini adalah video ketika suprise hehehehehe maaflah suara tu....

Share or Like, thank you.

Sambutan Hari Jadi Ibu

Assalamualaikum bloggers..

Pada 3 Februari yang lepas adalah hari lahir ibu saya. Biasanya kalau semasa hari jadi ibu, saya tak beri apa apa selain daripada ucapan selamat hari lahir. Bila dah masuk belajar ni, duit belajar pun ada masuk sikit. Jadi apa salahnya belanja ibu kan. Lain anak lain hadiah nya.


Adik saya bagi hadiah sejambang coklat dan belon yang dihantar oleh runner yang diupah semasa ibu tengah meniaga cheese leleh. Nak cerita panjang lagi, ibu saya usahawan kecil yang menjual makanan seperti Cheese leleh, Kek coklat hantu, Dadih, Bubur hitam. Ibu saya juga ambil tempahan untuk doorgift dan lain-lain jika diminta oleh pelanggan.

Pada malam harinya pula, saya ajak ibu pergi makan Secret Recipe. Mula-mula ibu taknak sebab katanya mahal. Pastu saya katalah, nanti pergi tempat lain tak dapat makan kek. Lepastu, ibu pun setuju, 

Nilah keadaan ketika di secret recipe haritu. Ada dua orang lagi adik beradik tak ikut. Hanya 7 orang sahaja. Nak tahu tak apa kitaorang makan? Mesti ada yang kata, "hek eleh, secret recipe semua orang makan, tu pun nak cerita"  Memang lah semua orang makan, tapi tak semua menu yang ada tu awak makan. Manalah tahu awak nak cuba makanan yang kitaorang rasa.

 untuk cake, kitaorang order BROWNIES WALNUT W ICE CREAM RM7.50, NEW YORK CHEESE RM8.80, CHOCOLATE INDULGENCE RM8.80 & CREME BRULEE CHEESE RM8.80

 ICE BLENDED CHOCOLATE RM10.50

 Ni makanan ibu. 
THAI SEAFOOD SPAGHETTI RM 21.00
Tengok tu birthday woman dengan makanannya 

\/


 Ni makanan ayah.
THAI FRIED RICE RM19.00


Ni pasangan kekasih huhuhuhu. sweet gitu air sama.
2 ICE LEMON TEA RM13.60


2 FRESH WATERMELON RM17.60
CHOCOLATE SUNDAE RM11.50
STRAWBERRY MILKSHAKE RM10.50



 BIRTHDAY WOMAN KEKENYANGAN


Sekian sahaja cerita saya. So next birthday ialah birthday adik perempuan saya dan ayah saya untuk bulan februari........

Share or Like, thank you.