✿✿✿ PORTFOLIO || HIRE ME || TUTORIALS || FREEBIES || ABOUT ME || BLOG
Blog Duniaimpianfatin: Sambutan Hari Jadi Adik Kesayangan

Sambutan Hari Jadi Adik Kesayangan

Assalamualaikum bloggers.


Harini merupakan hari lahir adik kedua bongsu saya Nur Aliah Qistina. Sebenarnya, hari lahir dia saya sambut awal iaitu pada 11 Februari sebab saya dah nak balik UKM. Jadi saya sambut awal untuk bagi dia semangat supaya ke sekolah. hihihihi ^_^ Adik saya teringin nak ada ramai org, ada topi, ada kek, ada makanan, dan semua yang sepatutnya ada ketika "birthday party" . Jadi saya tunaikan permintaannya dia. Tapi tak jemput org lain, hanya family sahaja. Sebab ahli keluarga pun dah cukup ramai 9 orang.

Lama juga plan apa nak beli hadiah, kek apa semua. Kek yang dia minta kek panda atau frozen. Tapi sebab dah lambat so takleh order, jadi kita beli kek secret recipe. Mahal tu biasalah haha janji sedap.Masa hari kejadian tu, dia taktahu kitaorang nak suprise kan dia. Yang dia tahu, kitaorang tipu dia cakap pada hari kejadian tu hari jadi orang lain. Hahaha.


Sementara siapkan kek, hiasan, makanan semua, kakak dia bawak dia keluar kejap. Lepastu, kitaorang siap2 letak spek crown birthday dan cekak kat kerusi dan suruh dia pakai. Lampu kat dalam dah tutup. haha dia masuk je terus suprise kan. Dia macam nak menangis sebab kakak yang bawak dia keluar bagitahu dia yang saya dah balik ukm. hahahah padahal kita kat dalam tergelak2 nak suprise kan dia. Alhamdulillah semuanya menjadi. Dia pun suka. dapat kek, dapat kfc, dpt hadiah, happylah semua orang malam tu. Takpelah duit habiss banyak pun untuk adik kesayangan :'D tapi saya sayang semua adik saya. Saya cakap dia adik kesayangan sebab ingatkan dia adik yang terakhir, rupanya ada lagi satu adik :p hehehhee


Ini adalah video ketika suprise hehehehehe maaflah suara tu....

Share or Like, thank you.

5 comments:

  1. Wahhhh meriahnya sambutan hari lahir adik hehe.
    Happy Birthday Aliah! :)

    http://anothersyed.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Budak2 biasa nak kek yang comel dari sedap. Kita pulak lagi pilih yang sadap kan? Hehe
    And yes, kek Frozen antara yang paling top untuk budak2 perempuan. :)

    Salam kenal. Follow sini! ;)

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. Terasa kebahagiaan akak sekeluarga. Nampak meriah dan sgt bahagia. Syukur alhamdullilah. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog