PORTFOLIO MAKEOVER BLOG TUTORIALS FREEBIES AUTHOR BLOG HOME PAGE

KONSERT DIRAJA UKM 2017

Assalamualaikum bloggers.


Pada 18 Februari yang lepas, saya terlibat dengan persembahan bersama dengan peljar UKM daripada kelab Aadyamaatra untuk Konsert Diraja UKM. Harini saya nak kongsi pengalaman pertama saya terlibat bersama mereka.

Macam mana boleh terlibat?

Senior saya bagitahu ada sesiapa ke nak join persembahan untuk Konsert Diraja. Katanya diberi merit dan merit tinggi. Jadi saya pun taknak lah lepaskan peluang. Lagipun saya memang minat menari, jadi inilah peluang saya nak turut serta sama. Lepas bla bla bla bla, katanya perlukan seorang lagi perempuan. Jadi saya fikir lah, boleh ke erk saya join dengan mereka2 tu sebab hebat2 masing-masing. Lagipun saya seorang yang paling "junior" ketika tu. Hahahhaha, dan last sekali saya cakap saya nak!Terus diinvite kedalam group persembahan untuk hari tu.

Pada hari pertama praktis tu, memang nervous ah hahahaha. Sedikit demi sedikit dapat step tu. Ketika latihan tu, macam macam benda baru, posture badan yg betul saya belajar. Memang seronok lah.... penat tu biasa. Kalau dah minat, penat tu kena ketepikan.

Sehari sebelum show, keluarga decide nak datang tapi pas dah habis. Jadi keluarga tak dapat datang. Tu yang sodehhhhhhh tu :'(

Ni bukanlah persembahan pertama saya. Tapi nilah persembahan pertama saya dihadapan Yang Dipertuan Negeri Sembilan. Sebelum ni pernah terlibat dengn persembahan di Istana Budaya, JKKN, dan lain-lain. Serious nak cakap, dulu masa awal2 dulu menari masa 2007, menggeletar lutut, bibir menggigil bila senyum. Bila dah selalu menari, bibir menggigil tkde dah. nervous biasa je. Hahaha nasib mata rabun, so tak nampak audience. Nak pakai lens pun takut.

Akhir sekali, saya nak ucap terima kasih sebab bagi peluang terlibat sama :D

Saya nak share video short version dari UKM TUBE ketika konsert diraja haritu.


Ni pula video persembahan yang saya join :D Zapin Melayu.... video kredit: Maharam Mamat


Ni pula video persembahan Artis Budaya with all the seniors of Aadyamaatra Artis Sukma UKM

Share or Like, thank you.

1 comment:

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog