PORTFOLIO MAKEOVER BLOG TUTORIALS FREEBIES AUTHOR BLOG HOME PAGE

Karnival Malam Citra Seni 2016

Assalamualaikum bloggers.


Semalam Karnival Malam Citra Seni 2016 diadakan di UKM. Kesemua pelajar yang mengambil citra kebudayaan perlu membuat persembahan pada malam itu. Persembahan ini bukan hanya semata-mata persembahan. Ini merupakan penilaian bagi pelajar pelajar yang mengambil citra kebudayaan termasuk lah saya. Antara citra kebudayaan yang membuat persembahan semalam adalah Seni tari gamelan, seni tari india klasik, seni tari cina, seni tari rakyat, seni tari kontemporari, dikir barat, dan banyak lagi. Saya merupakan pelajar seni tarik gamelan.

Saya memang suka menari. Saya ambil seni tari gamelan sebab saya kurang dapat peluang untuk terlibat dalam tarian yang lemah gemalai. Biasa tarian lain saya dah selalu terlibat. hihihi. dengan kerjasama pelajar lain, kami dapat membuat persembahan dengan baik. Jurutari kami ialah Puan Siti Rahayu atau dikenali dengan nama Kak Bayu. Beliau sangat bersemangat ajar kami walaupun tengah sarat mengandung. Terima kasih tak terhingga buat Kak Bayu. Tarian yang kami persembahkan adalah tarian LAYANG MAS. Pernah buat sebelum ni, jadi tak rasa susah pun senang dan saya sukaa sangat :)


Ketika malam citra seni tersebut, ramai yang hadir dan turut memeriahkan lagi malam tersebut. Tapi, saya takde ambil gambar persembahan lain sebab syok bergambar dengn pelajar gamelan lepastu syok tengok persembahan citra lain lah. hahahah. Apa apa pun blh tgk nanti dekat youtube. Subscribe UKM TUBE. Nanti mereka akan mengupload video penuh malam tersebut.

Tak lupa juga, ahli Sanggar Citra yang datang beri sokongan pada saya dan ahli sanggar citra yang lain iaitu Izzafiqah, Hanafi dan Atirah. Saya dan izza tari gamelan, hanafi tari kontemporari manakala Atirah tari rakyat. Jadi saya nak berkongsi beberapa gambar kitaorang semalam.
 makeup by Aten Eika


Share or Like, thank you.

Review Melaka Kitchen Di Area PKNS

Assalamualaikum blogger

Dua hari lepas saya dan rakan saya pergi makan di Melaka Kitchen. Mula-mula plan nak pergi mesin atm maybank lepastu pergi makan dekat kedai-kedai mamak. Lepastu sorang kawan saya ni nak ajak lagi sorang kawan lelaki. Jadi kami decide nak pergi dua jam guna kereta sewa.

Jadi saya nak review sikit tentang melaka kitchen ni. Dia terletak dekat kawasan yang agak tersorok juga. Tapi apa yang saya nak cakap disini ialah, makanan dia sangat sangat sedap. Tak rugi kalau pergi makan situ. Asam pedas kaw kaw kat situ. Lepasni kalau ada orang melaka yang ada dekat area Bangi tu boleh singgah kat kedai tu.


Pelayan Melaka Kitchen pun mesra tau. Siap tolong ambilkan gambar kami berempat lagi. Harga dia mampu bayar dan makanan dia memang sedap. Saya makan nasi goreng kampung pedas dan jus tembikai. Yang istimewa lagi kat situ ialah Nasi Ayam Pasu, sangat sedap. Dan ada lagi banyak yang isitimewa. Memang tak rugi lah pergi makan tengah malam.



Jadi sesiapa yang berminat nak rasa, lebih baik pergi. Serius memang tak rugi. Selamat mencuba :)

Share or Like, thank you.

Pembentangan Projek Akhir Pengantar Pengurusan

Assalamualaikum blogger.


Alhamdulillah selesai sudah pembentang terakhir bagi semester satu ini. Projek pengantar pengurusan tentang Syarikat Brahim. Tarikh akhir pembentangan ini sepatutnya pada 15 Disember. Oleh kerana pensyarah kami tidak dapat hadir ke kelas pada tarikh tersebut kerana ada urusan di Thailand, jadi diawalkan tarikh pembentangan.

Pada mulanya, kumpulan saya memilih Gardenia sebagai topik untuk pembentangan. Tapi ada sedikit kekeliruan jadi kami menukar topik pada saat saat akhir beberapa jam sebelum pembentangan. Memang agak kurang sempurna pembentangan kami. Walaubagaimanapun, kami telah melakukanya dengan baik dengan kerjasama semua ahli kumpulan.

Maka berakhirlah kelas Pengantar Pengurusan bersama Puan Ratanah. Semoga ilmu yang kami perolehi dapat kami curahkan pada peperiksaan yang akan datang.

Share or Like, thank you.

Malam Interaksi Kolej Tun Hussein Onn

Assalamualaikum bloggers.

Alhamdulillah, selesai sudah persembahan untuk malam interaksi KTHO. Saya dan wakil ahli Sanggar Citra yang lain telah membuat persembahan dengan menggunakan sebanyak 4 lagu kaw kaw gitu. Tapi, lagu tu ahli kami pendekkan. Antara tarian lagu yang kami guna ialah Mahligai Asmara, Layar Battuta, Dikir Puteri dan Hala timur. Tarian pula bersumberkan youtube.

Semasa latihan tu, kami menghadapi dugaan. Sound sistem problem. Memang lagu tak dengar. Oleh sebab tu, kami rasa hampa sedikit dengan kesilapan teknikal tersebut. Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang profesional kononnya, hehe kami teruskan menari dan gembira di atas pentas :D walaupun ada terlaju and terlupa step sebab gementar punya pasal sebab lagu tak dengar haha.

Terima kasih kepda MEP Kebudayaan KTHO dan juga ahli Sanggar Citra atas kerjasama masin-masing. muah sikit

Dapatlah bergambar sikit. Gambar yang lain YDP kami terdelete. Sob sob.



Baru tadi saya cakap sound sistem masalah kan, oleh itu salah seorang ahli kami mengambil langkah bijak dengan mengedit semula video dengan tambah lagu. hahaha , idea yang bijak. boleh tengok dekat youtube.


Share or Like, thank you.

Cheese Leleh Ibu Ita di Karnival KPKT

Assalamualaikum blogger.

Maaf kerana dah jarang update blog kerana agak sibuk dengan kerja kerja kolej. Harini saya nak ceritakan tentang CHEESE LELEH IBU ITA. Siapa tahu tentang produk ini? Heheh kebanyakkan orang Seremban je tahu. Tapi sekarang bukan area Seremban je, orang KL orang negeri lain semua dah tahu. Hal ini kerana, Cheese Leleh Ibu Ita diberi peluang untuk membuka booth di Karnival KPKT di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada hari Sabtu dan Ahad iaitu pada 3 disember dan 4 disember.


Cheese Leleh Ibu Ita ni hasil buatan ibu saya. Hihihi, ibu Ita tu Ibu saya. Untuk memperkenalkan lagi tentang produk ibu, saya review tentang ini. Pada mulanya saya nak ikut sekali ibu berniaga takpun jaga adik-adik kecil saya di rumah, tapi apa kan daya program kolej menimbun dan takde peluang untuk balik. Saya doakan rezeki ibu melimpah sewaktu berniaga. Harini hari terakhir berniaga. Pada siapa yg dah baca, masih sempat lagi ke booth Cheese Leleh Ibu Ita. Booth 39.

Ada pebagai jenis perisa antaranya :-
  1. CHEESE LELEH OREO
  2. CHEESE LELEH CHEESEKUT
  3. CHEESE LELEH MOIST CAKE
  4. CHEESE LELEH OREO
  5. KEK BERHANTU
  6. DAN BANYAK LAGI
Mari lihat orang ramai dah mula menyokong Cheese Leleh Ibu Ita.
ARTIS (Along Eyzendy & Azad Jazmin) PUN DATANG BELI NI. HIHI TERIMA KASIH ABANG ABANG HENSEM :)
PELACONG DARI CHINA & PELACONG ORANG PUTIH JUGA TERTARIK DENGAN CHEESE LELEH IBU ITA.

video
video
Ibu Ita ditemuramah oleh wartawan yang berada disitu. Mana tahu ada rezeki Ibu saya memperluaskan produknya di pasaran Malaysia.



(Along Eyzendy & Azad Jazmin) mempromosikan cheese ibu kita
Sebarang pertanyaan boleh ke laman facebook ini :

Share or Like, thank you.

Tempahan blog by Azistar Beauty

Assalamualaikum bloggers.

Tempahan terbaru baru-baru ini daripada Akak Azila kita, tuan blog Azistar Beauty. Akak kita tempah pakej B. Ini adalah hasilnya seperti yang diminta.

Inilah adalah hasil design kali pertama.... ada beberapa item yang tuan blog nak saya betulkan jadi hasilnya adalah seperti dibawah...


Preview Banner & Watermark

Preview Design asal setelah diedit kali kedua

Tinggalkan komen tentang design diatas? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.