Dato Sri Vida & Dato Aliff Syukri Idola ku

Assalamualaikum bloggers.


Siapa tak kenal selebriti kita ni Dato Sri Vida dan Dato Aliff Syukri. Mereka sangat terkenal sekarang. Sangat bangga dengan mereka. Nak tahu tak kenapa saya jadikan mereka idola saya?

Saya jadikan mereka idola saya sebab mereka sangat gigih dan mempunyai usaha yang tinggi. Mereka pada mulanya bermula dari bawah. Dan kini sudah berada diatas. Saya mengikuti kisah mereka dari mulanya nama mereka kini sudah meletup letup nama mereka.

Dato Sri Vida suka merah jambu. Dan saya juga minat merah jambu. Dato Aliff Syukri suka kucing. Dan saya pun suka kucing. Apa yang saya suka dengan mereka ni ialah mereka tidak peduli dengan tomahan yang diberikan oleh orang luar sana. Ada yang tak suka tengok mereka dikaca tv, ada yang mengejek dato Aliff itu lembut pondan dan sebagainya.

Sebenarnya, apa yang mereka lakukan adalah teknik untuk memasarkan produk mereka. Kalau takda teknik, macam mana orang nak kenal produk mereka. Semua orang nak cari rezeki. Dan, mereka pun ada cara mereka tersendiri untuk mencari rezeki dan cara mereka pun sesuai dan tidak menyalahi undang-undang negara mahupun undang-undang islam.

Setakat ini sahaja, nanti saya sambung lagi....saya doakan semoga mereka terus maju dalam bisnes mereka....
Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.

Gemuk Itu Hodoh? Tak, Gemuk Itu Comel

Assalamualaikum blogggers.

Pada pendapat korang, adakah bagi korang gemuk itu hodoh? atau gemuk itu comel? Kenapa orang gemuk selalu kena ejek? Kenapa? 


Saya pelik dengan sesetengah manusia yang selalu pandang rendah terhadap orang gemuk atau dengan perkataan yang lebih baik ialah orang yang mempunyai saiz badan yang besar. Mereka juga ciptaan Allah. Mereka juga tak mahu menjadi gemuk tapi Allah dah tetapkan sejak azali lagi macam mana diri kita ni sebenarnya. Bagi saya, gemuk itu perkara biasa. Sebab saya pernah menjadi gemuk dan bukannya saya mahu jadi gemuk.

Gemuk ni terjadi mungkin sebab keturunan, mungkin sebab pemakanan, mungkin sebab penyakit dan kesan dari ubat yang dimakan, mungkin sebab suka tidur, mungkin sebab banyak masalah lepastu makan banyak dan banyak lagi sebab gemuk ni boleh terjadi. Bagi saya, gemuk itu indah. Sumpah tak tipu!


Saya kalau nampak orang gemuk, saya mesti pandang dia and senyum sebab mereka comel. bukannya saya mengejek sebab ibu saya dan adik saya juga berbadan besar. dan mereka sangat comel. Jadi jika korang seorang yang berbadan besar, jangan bersedih atau berkecil hati dengan ejekan yang diterima sebab sebenarnya korang sangat comel :D
Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.

Tips Untuk Remaja Menjaga Kulit Muka

Assalamualaikum bloggers.

Saya nak kongsikan dengan anda tentang penjagaan kulit muka. Saya terbaca di blog kertas paper, jadi saya nak kongsikan dengan anda.


1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan BERSIH.
2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL di wajah.
3. Bersihkan wajah dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.
4. CUCI wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.
5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan iritasi.
6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.
7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
8. Hentikan menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.
9. Sering berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih
10. Lindungi kulit dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan dapat menyerap peluh.
12. Kurangkan memakai SKARF dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.
13. Dapatkan NASIHAT doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.
14. Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.

Biasanya saya susah nak ikut tips nombor 6, 9 dan 14. Tapi yang nombor 13 tak pernah langsung buat hahaha. Semoga ia bermanfaat untuk korang semua.
Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.

Tertekan bila kulit muka bermasalah

Assalamualaikum bloggers.


Saya nak kongsikan dengan korang pasal kulit saya. Kulit saya agak kering dan berminyak. Jadi sangat susah nak jaga. Pada mulanya, kulit saya agak teruk, kusam dan gelap. lepas pergi facial, makin lama makin elok. Setakat ini, alhamdulillah masih lagi sedap memandang kot. hahahahha

Saya tertekan bila kulit saya teruk. Ia terjadi sebab saya tertekan. Hahaha pening dah dengan ayat saya ni. Saya selalu tertekan bila saya ada banyak hal dalam satu hari atau satu minggu lepastu kena setelkan dalam tempoh tersebut. Bukan tu saja, masalah masalah pun turut serta memeningkan saya :( jadi kulit pun tak terjaga.

Saya memang ada pakai pencuci muka yang sebenarnya elok untuk kulit saya. Cuma harganya agak mahal sedikit. Jadi bila saya takde duit, kadang-kadang saya terpaksa berhenti paling lama dua bulan saya tak pakai. Jadi saya tak produk untuk muka saya.

Sekarang ini, saya sedang berusaha nak pulihkan semula kulit saya. InshaAllah kalau diizinkannya untuk dapat kulit yang bersih saya akan kongsikan dengan korang apa  saya pakai dan apa saya buat dengan kulit saya :D
Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.

ASEAN ART FESTIVAL 2016

Assalamualaikum bloggers.

Baru sahaja seronok menonton persembahan persembahan menarik dalam ASEAN ART FESTIVAL 2016. Pelbagai persembahan dari pelbagai negara seperti Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, dan Laos. Bukan sahaja warga UKM yang hadir, Orang luar dari UKM turut hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Memang sangat sangat rugi jika tidak hadir.

Walaubagaimanapun, pelajar citra kebudayaan diwajibkan hadir menyaksikan persembahan tersebut kerana perlu menyiapkan laporan tentang kejadian tersebut. Jadi nak taknak kena datang juga saksikan. Tapi saya datang sebab memang nak tengok persembahan-persembahan tersebut. Lagipun, ahli sanggar citra juga turut terlibat dengan persembahan ketika itu.

Korang semua boleh lihat video penuh ketika malam tersebut dibawah ini :D

Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.

Zikir Harian

Assalamualaikum bloggers.

harini saya nak kongsikan dengan anda zikir harian. semoga kita dapat mengamalkannya.. selamat beramal :)

JUMAAT : YA ALLAH – 1,000 KALI,
ALLAH HAMPIR KEPADA KITA, ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUP AURAT BAGI PEREMPUAN.
 
SABTU : LAA ILAHA ILLA ALLAH – 1,000 KALI,
SENANG HATI, AMAN DAN TENTERAM.


AHAD : YA HAYYU YA QAYYUM – 1,000 KALI,
ALLAH HIDUPKAN KITA DAN BERI PELIHARAANNYA.


ISNIN : LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM – 1,000 KALI,
SATU KALIMAT UMPAMA SATU BUKIT UHUD. BANYAK KALI SEBUT HILANGLAH SIFAT MENUNJUK-NUNJUK, KEJI, RIAK, TAKABBUR, SAYANGKAN DUNIA DAN SEBAGAINYA.


SELASA : ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM – 1,000 KALI,
ALLAH AMPUNKAN DOSANYA SATU TAHUN (KALAU NAK PENDEK SELAWAT KE ATAS NABI)


RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM – 1,000 KALI,
SATU KALI SEBUT HILANG SATU TITIK HITAM DALAM HATI KITA. SATU TITIK HITAM ADALAH DARI SATU DOSA, JIKA TIDAK MEMINTA MAAF (MENGHILANGKANNYA) WALAUPUN SEMBAHYANG,KITA AKAN MASUK NERAKA SELAMA MANA TITIK HITAM TERSEBUT BERADA DALAM HATI KITA.



KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI,
ALLAH AMPUNKAN DOSA SEBANYAK BUIH DILAUT, DAN SATU KALI SEBUT TUMBUH SATU POHON SYURGA UNTUK KITA DI TAMAN SYURGA.
Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.

Doa untuk kuatkan ingatan

Assalamualaikum bloggers.

Saya nak share sikit doa untuk kuatkan ingatan. Semoga anda semua dapat mengamalkannya :)

Doa ini dibaca setiap sesudah shalat fardhu, doa ini dikenal sebagai ta’qib shalat fardhu. Doa ini diajarkan oleh Rasulullah saw kepada Imam Ali bin Abi Thalib (sa) untuk menguatkan ingatan dan hafalan:
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَعْتَدِي عَلَى أهْلِ مَمْلَكَتِهِ سُبْحَانَ، مَنْ لاَ يَأخُذُ اَهْلَ اْلاَرْضِ بأَلْوَانِ الْعَذَابِ، سُبْحَانَ الرَّؤُوُفِ الرَّحِيمِ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِي فِي قَلْبِى نُوراً وَبَصَراً وَفَهْماً وَعِلْماً اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Subhâna Mallâ ya’tadî `alâ ahli mamlakatih. Subhâna Mallâ ya`khudzu ahlal ardhi bi-alwânil `adzâb. Subhânar Raûfir Rahîm. Allâhummaj`allî fî qalbî nûran wa basharan, wa fahman wa ‘ilmâ, innaka `alâ kulli syay-in qadîr.
Mahasuci Dia Yang Tidak Menyiksa penghuni kerajaan-Nya. Mahasuci Dia Yang Tidak Mengadzab penduduk bumi dengan berbagai adzab. Mahasuci Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah, jadikan bagiku di dalam hatiku cahaya dan penglihatan, pemahaman dan pengetahuan, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Mafâtihul Jinân, bab 1, pasal 1)
Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.

Aten Eika Makeup Service

Assalamualaikum bloggers.

Harini saya nak war-warkan tentang bisnes adik saya. Adik saya ni muda setahun je dari saya. Dia baru 18 tahun. Adik saya buat keputusan untuk tak sambung belajar kerana kurang minat. Tapi, dia minat dalam bidang bisnes. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk belajar make up.


Pada mulanya, adik saya cuma bekerja di kedai tudung. Lama juga hampir dua tahun. Kemudian, dari duit gajinya dia membelanjakan untuk belajar makeup dan barang makeup. Atas usaha gigihnya akhirnya dia berjaya capai cita-cita dia jadi Juru Mekap. Prestasi semakin meningkat berkat tunjuk ajar Kak Ayu Kirana. Siapa tak kenal beliau? Makeup artis kau. jangan cakap tak kenal. Kak Ayu banyak tolong adik saya untuk capai apa dia nak. Beribu ribu duit habis untuk barang makeup.


Kalau berminat dengan perkhidmatan adik saya, boleh contact beliau di facebook or instagram.
Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.

Rentas Budaya Pesta Konvo UKM 2016

Assalamualaikum bloggers.

Baru-baru saya baru sahaja melibatkan diri dalam pertandingan Rentas Budaya Pesta Konvo UKM. Saya mewakili kolej Tun Hussein Onn. Kumpulan tarian kami ialah Sanggar Citra. Kolej kami menghantar seramai 12 orang wakil. Alhamdulillah, kesemua ahli kumpulan kami mempunyai keserasian yang baik. :D Kami buat tarian salam dikir menggunakan lagu dikir puteri nyanyian Noraniza idris

Kami hanya mengambil masa kurang sebulan berlatih. Langkah tarian semua atas idea sendiri dan sumber youtube. Artis Budaya kolej kami agak sibuk ketika itu. Sehari sebelum pertandingan, artis budaya kami menukar beberapa langkah kerana tidak sesuai dgn tidak mengikuti syarat pertandingan.








Bagi saya yang sering melibatkan diri, saya tidak kisah dengan penukaran langkah ketika saat akhir. Cuma beberapa penari yang baru sahaja melibatkan diri merasakan itu sangat sukar bagi mereka. Walau bagaimanapun, mereka dah melakukanya dengan baik, Alhamdulillah....

Ketika pertandingan, saingan amat sengit. Walaupun tidak mendapat tempat dihati juri, tapi kami mendapat tempat dihati penyokong setia KTHO. Kami dah buat yang terbaik. Buat penari KTHO yang baru terlibat dalam pertandingan menari, jadikan ini satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Selepas ni, kami akan melibatkan diri untuk ICAF. Berharap penari yg baru terlibat dalam dunia tari akan terlibat sama dan bersedia dari segi mental dan fizikal :D


Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.

Kenapa suka merah jambu?

Assalamualaikum bloggers.


Tajuk entry hari kenapa suka merah jambu? Haaa agaknya kenapa ia mereka ni suka merah jambu termasuk juga saya? Mesti tertanya tanya. Ada dua kategori orang yang suka merah jambu ni bagi saya. Pertama, dia suka merah jambu dan kalau boleh hidup dia dipenuhi dengan merah jambu. Kedua, dia suka merah jambu tapi tak seperti orang yang kategori pertama.

Macam saya, saya kategori pertama. Saya sangat minat dengan merah jambu sebab warna nya yang cantikk, tenang, comel dan sedap mata memandang. Lagipun, ia nampak keperempuanan. Eh, tapi kan kenapa ada juga lelaki yang minat merah jambu? Haaaaaaaa.........kenapa agaknya? Tapi kan, ramai akan cakap lelaki yang suka merah jambu atau pakai satu benda yang berwarna merah jambu, orang akan cop mereka sebagai lelaki lembut atau lelaki romantik atau lelaki sweet.  Bagi saya, biasalah tu lelaki yang suka merah jambu. Saja nak minat satu benda yang lain.

Saya minat merah jambu dah lama. Pada mulanya saya minat kucing, dari kucing terus ke hello kitty. hello kitty kan kucing. dan hello kitty pulak warna merah jambu. Haaa tiga tiga benda tu terus saya minat. Kalau nampak kucing ke hello kitty ke merah jambu memang beli atau berhenti sekejap untuk tengok. Saya ada banyak jugak koleksi hello kitty dan merah jambu.


Saya kalau boleh khawin nanti pun nak tema hello kitty. Tapi, bakal suami tak kasi hahahah katanya dah besar tak boleh nak ikut sangat benda-benda macam tu. Tapi bagi saya, alah biarlah nak ikut pun lain dariapda yang lain asalkan tak nampak pelik dan dibenci orang kan kan?

Sekarang ni tengah nak tambah lagi koleksi hello kitty dan merah jambu....nanti saya kongsikan lagi
Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.
 
Copyright 2017 Fatin Hazwani | Blogger Designer.