PORTFOLIO MAKEOVER BLOG TUTORIALS FREEBIES AUTHOR BLOG HOME PAGE

Keputusan PSPM 2, Alhamdulillah

Assalamualaikum bloggers...

Firstly, saya nak ucapkan tahniah kepada semua 4 flatters untuk keputusan PSPM 2 .. Usaha anda tidak sia-sia . Tetapi pada yang tak 4 flat tu, jangan kecewa, biar tak rata, asalkan ilmu banyak didada..

Sebenarnya saya pun tak 4flat pun. Tapi, alhamdulillah dapat capai target. Keputusan ni keluarga sama dengan ulang thun perkhawinan ibu ayah saya. Hihihihi, pada mulanya saje nak buat-buat lupa tau pasal result ni takot tak capai target. Tapi, Alhamdulllah doa dimakbulkan.

Tepat  tapi takdelah tepat sangat 10 pagi terlebih beberapa minit baru saya check. First first masuk number matrik n ic tk leh semak tau, haha sebab salah taip. Then bila dah taip betul, saya dup dap dup dap , main tutup tutup mata, sekali dah habis loading tengok keputusan, terus saya yeyyy dan gembira, ibu pun gembir...

Berkat usaha dan doa serta pertolongan guru dan kawan-kawan yang tak putus-putus membantu. inshaallah universiti idaman UM/UKM dalam tangan.Korang ssemua share lah result kat sini ;) jangan malu-malu. Tak bermakna pointer tak cantik, kita akan terus dapat pointer macam tu.  Jangan sesekali putus asa okay. Lepsni pelajar matrikulasi kita sambung degree sama-sama okay dekat universiti idaman kita.

Share or Like, thank you.

Pengalaman sepanjang 1 tahun di Matrikulasi

Assalamualaikum bloggers.

Kalau tak silap, adik-adik batch 98 dah nak masuk matriks ataupun dah masuk matriks kan? Saya kurang tahu pasal tu. Hihihi tapi apa apa pun, first week korang masuk korang akan ada minggu orentasi dimana hari-hari mu dari hari pendaftaran sampai hari first balik bermalam akan diatur oleh akak abang fasilitator iaitu akak abang sesi lepas. Thats week, korang akan rasa penat sebab banyak aktiviti dan kene bangun awal pagi. Don't worry about that. Mula-mula je korang akan rasa menyampah bosan pena dan segala bagai. Nanti last-last korng akan suka.

But coppp! Sebelum korang masuk matrik, mesti korang banyak tanya pengalaman senior lepaskan? And ada yang kata matriks susah, boring bagai betul tak? Kalau korang tanya pada senior yang rasa begitu, MEREKA SALAH. For me, matriks best! Walaupun belajar agak laju, dengan FOKUS dan bantuan guru & kengkawan korang boleh catch up balik! Serius talk, kat matriks korang dapat kawan dari pelbagai negeri, pelbagai karenah, pelbagai tahap kecerdikan and semualah dan korang akan faham apa erti persahabatan yang selama 1 dan 2 tahun berbanding persahabatan 18tahun 5 tahun 6 tahun semua tu.

Panjang mukadimmah nya. Saya ex pelajar matriks negeri sembilan. dan saya course perakaunan. ada tak yang geng dengan saya? Hihihihihi....Saya nak share macam mana perjalanan hidup disana & macam mana nak survive...

My experience;
First, second,third month korang akan rasa nak balik je kerja korang. Homesick tak habis. Menangis tiap malam. Tapi, tiga bulan pertama tu, mengikut pengalaman saya, bila homework & assigment diberi banyak, dah tak fikir sangat nak balik. SERIUS TALK SAYA TK TIPU!

And, satu sem ni 5bulan tau. dalam masa 5bulan kitaorang belajar sampai 13 bab satu subjek paling maksimum lah. paling minimum 6 bab tapi anak anak topik dalam setiap bab tu panjang. terkejut tak? kat sekolah dulu belajar 13bab setahun. huhuhuh berbeza dengan matriks.

Then, hari hari kuliyah ku, hari hari cuti ku kadang-kadang ada sahaja aktiviti yang diadakan dan kene join dan hadir. So , sebaga pelajar matriks kena pandai bahagi masa. Serius talk, first sem jekorang akan rasa terbeban dengan aktiviti, peraturan semua. Second sem, korang mula naik hantu and tak kisah dah semua aktiviti dan korang mesti akan enjoy nak join aktiviti tu semua.

Lepastu, setiap kali bangun nak pergi kelas kena beratur iron baju dan mandi. sebagai jalan mudah, gosok pada malamnya atau selepas balik kelas. dan mandi pula. bangun awal awal pukul 5.45 pagi sebab time tu bebudak belum bangun lagi, serius tak tipu. ada beberapa orang je bangun. haha tapi kalau terbangun lmbat, boleh lah amalkan "WEH NANTI LEPAS IRON NAK AFTER" WEH NANT LEPAS KAU MANDI, NAK AFTER" dan cerek pun guna bergilir okay. so gunalah dan amalkan "CEREK KAT MANA?" "NANTI DH SUDAH GUNA CEREK ANK AFTER" "NANTI NAK AIR SIKIT". hahahha tapi benda benda cmtu korang akan rindu.

Lepastu, pasal movie pulak. bebudak ni suka tengok move bila hari last kelas. haha dan suka mintak movie and past-past movie tau. memang best sebab kekdang tengok movie kt bilik tv, kekdang dengan roomate kekdang dengan budak aras. hihihihi

And, as seorang yang pandai menari. Saya dah berjaya didik kawan-kawan kayu saya jadi pandai menari. bukan senang nak dapat kawan sporting macam mereka. kawan-kawan sekolah dulu semua malu-malu kucing tak nak join sama dan rasa menyampah hahahahaha.... gambar ada kat bawah nanti. kitaorang buat persembahan untuk aspreasi budaya ktaorang buat tarian zapin sungai nl. dan untuk pertandingan KMNS got talent kitaorang buat tarian piring gabungan silat, tarian piring biasa dan tarian piring lambung. eventhought tak menang, tapi kitaorang lepas ujibakat dan masuk final.

"AKAK NI CERITA PASAL PENGALAMAN TAPI MACAM MANA NAK SURVIVE?"
Alaa sabarlah dik.... nak cakap mcm mana nak survive ni takdelah susah pun.
KERJA MENIMBUN?
Jawapan: jangan tangguhkan kerja dari awal kelas. setiap hari ada kerja, siapkan pada hari yang sama
TAK FAHAM APA YANG DIAJAR DI KULIYAH?
Jawapan: korang ada kelas tutorial & ada kengkawan. Always focus dalam tutorial bila tak faham dalam kuliyah. dan mesti tanya kawan2. setiap kelas ada je budak paling pandai confirm!
DUIT TAK CUKUP NAK BERBELANJA?
Jawapan:Awal-awal masuk ke apa ke memang banyak guna dut terutama sekali untuk fotostat. memang semua kelas akan kutip sebab nota cikgu bagi kita fotostat sendiri. so, dah tahu duit banyak nak pakai, jangan beli barang online brbanyak.
DAPAT ROOMATE YANG TAK NGAM? ASYIK GADUH?
Jawapan: Dalam dunia ni bukan semua orang akan ikut apa yang kita suka dan tak suka. Kita ada otak boleh fikir, kita mesti bertolak ansur. jangan ikut kepala sendiri. sebab pihak matriks tak suka nak dengar pelajar merungut pasal roomate.
DAPAT CLASSMATE YANG ANNOYING?
Jawapan: Dalam semua kelas kat matriks, dibahagikan dengan pelbagai telatah. ada yang garang, pendiam, lawak, gila kuasa, baran, lembab semua ada. Tapi, perangai tu tak sama dengan perangai kawan korang kat sekolah dulu. Bila tak suka je takyah kawan. Tpi kat matriks, classmate korang perangai macam tu7, kau suka ke tdak, kau elak ke tidak, akan bertegur juga. So tak payah benci2 sangat.
Saya rasa setakat tu cara nak survie saya boleh bagi.. kalau korang nak tanya mcm mana nk survive benda lain boleh lah bagitahu kt comment..sekarang saya nak share gambar gambar semasa di matriks.. hihihi gambar ni dari instagram saya, so screenshot sahaja. nanti bolehlah kita geng kat instagram. (@ftnhzwn) Tapi sorry gambarnya tidak teratur ikut masa. hihihi


Gambar ni bersama roomate. Kitaorang warga blok jauhari blok A2 tingkat 3 bilik 1. Siapa dapat bilik kitaorang jaga leklok sebab dulu kitaorang jaga dengan bersih. And i think, bilik kitaorang paling kemas yang kitaorang pernah jumpa. hahahhaa..
Ni masa hari-hari terakhir di KMNS. bergambar buat kenangan.

PENAT NAK BUAT CAPTION. HAHA MARILAH TENGOK GAMBAR.














Kata terakhir yang saya nak cakap, YOU MUST ENJOY YOUR LIFE IN MATRICULATION & ESPECIALLY IN KMNS. Dekat KMNS banyak tempat cantik nak bergambar. pokok sakura, dalam library, dataran perpatih, astaka, padang, air pancut kmns, dalam hutan, dan banyak lagi. Biar sis senaraikan secara ringkas lah senang hahaha..
TEMPAT BERGAMBAR PALING BEST: Pokok sakura, library depan/dalam, dataran perpatih, astaka, padang, air pancut kmns, dalam hutan dll
AKTIVITI YANG WAJIB KORANG JOIN TANPA IKUT COURSE: KMNS got talent, battle of the band, the voice dll
CIKGU UNTUK ALIRAN PERKAUNAN YANG MENJADI PUJAAN HATIKU,: MS JOYCE, MS UMI KALTHUM AMIR, EN MUKHRIZ, EN JUMADIL, PN SHAHIDA YASIN, BONDA ESLIZA DLL
AKTIVITI YANG KELAS & SAYA PERNAH JOIN: Accobis(bicara berirama), Kmns got talent(dance), Glory hunt, Aspreasi budaya(dance) dll.
akhir sekali, saya bekas pelajar matrikulasi negeri sembilan , praktikum A4P5 , kuliyah A4 , warga blok jauhari blok A2 tingkat 3 bilik 1 ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam pelajaran ada disana. hihhihi terima kasih sudi baca.

Share or Like, thank you.

Pengasingan sampah, kalau tidak kena kompaun

Assalamualaikum bloggers...

Saya baru tahu pasal pengasingan sampah ni dah berkuatkuasa pada awal Jun 2016 haritu. Dan, negeri saya antara salah satu yang sudah menguatkuasakan pengasingan sampah tersebut.Rasanya belum terlewat untuk kongsi pasal ini.

Pada mulanya bila tahu, rasa marah lah sebab banyak kot plastik sampah nak kena sediakan. Rumah tak besar dan kalau ada banyak sampah gerenti lalat datang hinggap.. Dan keluarga saya bukannya dari orang senang(jgn ingat ada laptop kau nak ckp sng, ni pun laptop percuma). Lepasni, plastik kene banyak stok, tong sampah kena beli. Kenapa tak bagi je terus tong kitar semula? Saya jenis yang tak suka sampah bersepah atau buang sampah merata. Tapi saya sendiri fikir begitu sebab ada jugak kesan negatif pada keluarga yang serba kekurangan.

Tapi, bila dah baca2 tentang pengasingan sampah tersebut, ada bagusnya jugak. Dapat didik orang2 kita betapa pentingnya pengasingan tersebut. Walaupun pada peringkat awal untuk mendidik tentang ini agak liat, inshaAllah lama-kelamaan akan menjadi rutin biasa.






Lepasni memang plastik banyak pakailah. Kena selalu ingatkan keluarga supaya asingkan sampah.
Nak buat-buat lupa pun tak boleh, nanti kena saman satu hal dah.
terima kasih sudi membaca

Share or Like, thank you.

Pengalaman interview di UM dan UKM

Assalamualaikum bloggers....

 mesti korang tak sabar tunggu saya update tentang keadaan semasa ditemuduga untuk kemasukan ke UM & UKM 2016/2017. Baiklah, seminggu selepas saya semak berjaya ke tidak ke temuduga tu. Macam-macam saya fikir, serabut kepala apa agaknya soalan ditanya. Cari dekat internet pengalaman senior diinterview semua. Bila cari dan baca, soalan yang dikemukan kepada senior sangat susah. Jadi, selepas itu saya rasa macam takut dan rasa taknak hadir je temuduga hahahah......tapi saya kuatkan semangat dan pergi juga...And last minit, senior kata kene buat resume.. okay dah buat tapi tak print sebab print rosak dan memang tak bawak resume dan nasib baik tak diperlukan pun.. hahahahha

First temuduga adalah di UM. Saya bertolak jam 6.45 pagi dan tiba jam 8 lebih. Ingatkan dah tak boleh interview tau sebab lambat. Waktu temudga saya 8.30. Tapi bila dah sampai, rupanya ramai lagi belum diinterview dan sedang daftar untuk temuduga. Saya takde gambar untuk dikongskan dengan korang semua. Tapi, dewan peperiksaan d UM dan keadaan d UM sangat cantik dan best sangat. teringin nak masuk UM kalau ada rezeki. Tap taktahulah ada rezki ke tidak sebab pelajar di UM semuanya teror BI dan pelbagai jenis orang ada disitu.Korang mesti tak sabar kan apa soalan yang dikemukakan kpd saya? hehehehe....

hampir 4jam tunggu turn dan akhirnya turn saya. Ada beberapa kaunter temududuga yang dbuka ketika itu. dan rezeki saya dapat panel kedua duanya perempuan. Kami banyak berbual dalam bahasa melayu selepas ditanya dalam bahasa inggeris. Saya taktahulah LUCK saya ketika itu bagus ataupun berdasarkan keputusan muet saya yang hanya mencapai BAND 3 sahaja. ni antara soalan yang dkemukan.
1. Ceritakan tentang keluarga awak
2. Ceritakan tentang hobi awak (in english)
3. Bagaiman awak nak mantapkan penguasaan bahasa inggeris awak? (in english)
4. Ceritakan suatu peristiwa yang awak tak boleh lupa. Tak kisah sedih atau gembira. (in english)
ketika ditemuduga, saya rasa macam berborak kosong je. ingatkan dapat course perakaunan dan course kewangan, panel akan tanya soalan berkaitan itu, rupanya tidak. Terkejutkan bila baca soalan yang ditanya. hihi masa jawab soalan dalam bahasa inggeris tu mmg agak tidak teratur lah. Tapi legalah lepas juga menjawabnya. 

Second temuduga pula di UKM. Dan semasa di UKM pula........
Saya hadir lebih awal dari UM sebab dekat je SEREMBAN ke SELANGOR. Datang awal daftar awal balik pun awal jugak lah. hahaha..... sebelum hari interview, saya tanya pada kawan-kawan yang dah temuduga awal dari saya. Soalan yang diber pada mereka jauh lebih susah dan semasa interview masuk sekali 4.. Tapi masa saya ditemudga, sayadisuruh  masuk berdua. mungkin kerana ksuntukan masa. Rasa macam seram tau nak tunggu turn tu. Tapi, sebelum masuk tu ktaorang kena si satu borang yang lebih kurang macam resume lah. Lepas 2 jam tunggu turn akhirnya nama saya dan partner dipanggl. Tapi, Alhamdulillah masa masuk tu soalan yang dterima semua senang.Semua soalan yang dikemukan semua dalam bahasa melayu ada satu dua soalan je dalam bahasa inggeris. Antara soalannya,
1. Kenapa nak masuk UKM?
2. Dalam kelab awak ni, awak terlibat dalam bidang apa? (pencapaian kelab persatuan)
3. Ceritakan pasal cita-cita awak dan kenapa awak nak jadi beigtu?
4. Apa pendapat anda tentang kajian kes tersebut? (diber kajian kes)
5. Pernah terlibat dalam aktivit keusahawanan ? ( in english)
Sebenarnya di je saya anggap soalan yang dikemukan semasa interview di UM & UKM selainnya seperti berborak sahaja. So untuk pelajar akan datang yang sambung degree korang jangan panic jelah..... haha mesti jadi lagi bagus dari saya. Mereka hanya nak tengok keyakinan kita semasa bercakap dan pandai ke tak kita bercakap. Tips senang je masa nak dtemuduga, 
RELAX, DUDUK TEGAK, SENYUMSUSUN AYAT DENGAN BETUL, YAKIN YAKIN YAKIN
Cehh saya bagi tips tapi saya agak kurang yakin sikitlah ketika itu. tapi takpe dah lepas dah. hahahaha.... okay sampai sini je pengalamn semasa interview..rezeki samaada dapat UM or UKM tu nanti lah kita cerita.....

Share or Like, thank you.