HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Review Melaka Kitchen Di Area PKNS

Assalamualaikum blogger

Dua hari lepas saya dan rakan saya pergi makan di Melaka Kitchen. Mula-mula plan nak pergi mesin atm maybank lepastu pergi makan dekat kedai-kedai mamak. Lepastu sorang kawan saya ni nak ajak lagi sorang kawan lelaki. Jadi kami decide nak pergi dua jam guna kereta sewa.

Jadi saya nak review sikit tentang melaka kitchen ni. Dia terletak dekat kawasan yang agak tersorok juga. Tapi apa yang saya nak cakap disini ialah, makanan dia sangat sangat sedap. Tak rugi kalau pergi makan situ. Asam pedas kaw kaw kat situ. Lepasni kalau ada orang melaka yang ada dekat area Bangi tu boleh singgah kat kedai tu.


Pelayan Melaka Kitchen pun mesra tau. Siap tolong ambilkan gambar kami berempat lagi. Harga dia mampu bayar dan makanan dia memang sedap. Saya makan nasi goreng kampung pedas dan jus tembikai. Yang istimewa lagi kat situ ialah Nasi Ayam Pasu, sangat sedap. Dan ada lagi banyak yang isitimewa. Memang tak rugi lah pergi makan tengah malam.



Jadi sesiapa yang berminat nak rasa, lebih baik pergi. Serius memang tak rugi. Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.