Karnival Malam Citra Seni 2016

Assalamualaikum bloggers.


Semalam Karnival Malam Citra Seni 2016 diadakan di UKM. Kesemua pelajar yang mengambil citra kebudayaan perlu membuat persembahan pada malam itu. Persembahan ini bukan hanya semata-mata persembahan. Ini merupakan penilaian bagi pelajar pelajar yang mengambil citra kebudayaan termasuk lah saya. Antara citra kebudayaan yang membuat persembahan semalam adalah Seni tari gamelan, seni tari india klasik, seni tari cina, seni tari rakyat, seni tari kontemporari, dikir barat, dan banyak lagi. Saya merupakan pelajar seni tarik gamelan.

Saya memang suka menari. Saya ambil seni tari gamelan sebab saya kurang dapat peluang untuk terlibat dalam tarian yang lemah gemalai. Biasa tarian lain saya dah selalu terlibat. hihihi. dengan kerjasama pelajar lain, kami dapat membuat persembahan dengan baik. Jurutari kami ialah Puan Siti Rahayu atau dikenali dengan nama Kak Bayu. Beliau sangat bersemangat ajar kami walaupun tengah sarat mengandung. Terima kasih tak terhingga buat Kak Bayu. Tarian yang kami persembahkan adalah tarian LAYANG MAS. Pernah buat sebelum ni, jadi tak rasa susah pun senang dan saya sukaa sangat :)


Ketika malam citra seni tersebut, ramai yang hadir dan turut memeriahkan lagi malam tersebut. Tapi, saya takde ambil gambar persembahan lain sebab syok bergambar dengn pelajar gamelan lepastu syok tengok persembahan citra lain lah. hahahah. Apa apa pun blh tgk nanti dekat youtube. Subscribe UKM TUBE. Nanti mereka akan mengupload video penuh malam tersebut.

Tak lupa juga, ahli Sanggar Citra yang datang beri sokongan pada saya dan ahli sanggar citra yang lain iaitu Izzafiqah, Hanafi dan Atirah. Saya dan izza tari gamelan, hanafi tari kontemporari manakala Atirah tari rakyat. Jadi saya nak berkongsi beberapa gambar kitaorang semalam.
 makeup by Aten Eika


Share or Like, thank you.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Copyright 2017 Fatin Hazwani | Blogger Designer.