Tips Untuk Remaja Menjaga Kulit Muka

Assalamualaikum bloggers.

Saya nak kongsikan dengan anda tentang penjagaan kulit muka. Saya terbaca di blog kertas paper, jadi saya nak kongsikan dengan anda.


1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan BERSIH.
2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL di wajah.
3. Bersihkan wajah dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.
4. CUCI wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.
5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan iritasi.
6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.
7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
8. Hentikan menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.
9. Sering berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih
10. Lindungi kulit dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan dapat menyerap peluh.
12. Kurangkan memakai SKARF dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.
13. Dapatkan NASIHAT doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.
14. Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.

Biasanya saya susah nak ikut tips nombor 6, 9 dan 14. Tapi yang nombor 13 tak pernah langsung buat hahaha. Semoga ia bermanfaat untuk korang semua.

Share or Like, thank you.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Copyright 2017 Fatin Hazwani | Blogger Designer.