HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Rentas Budaya Pesta Konvo UKM 2016

Assalamualaikum bloggers.

Baru-baru saya baru sahaja melibatkan diri dalam pertandingan Rentas Budaya Pesta Konvo UKM. Saya mewakili kolej Tun Hussein Onn. Kumpulan tarian kami ialah Sanggar Citra. Kolej kami menghantar seramai 12 orang wakil. Alhamdulillah, kesemua ahli kumpulan kami mempunyai keserasian yang baik. :D Kami buat tarian salam dikir menggunakan lagu dikir puteri nyanyian Noraniza idris

Kami hanya mengambil masa kurang sebulan berlatih. Langkah tarian semua atas idea sendiri dan sumber youtube. Artis Budaya kolej kami agak sibuk ketika itu. Sehari sebelum pertandingan, artis budaya kami menukar beberapa langkah kerana tidak sesuai dgn tidak mengikuti syarat pertandingan.








Bagi saya yang sering melibatkan diri, saya tidak kisah dengan penukaran langkah ketika saat akhir. Cuma beberapa penari yang baru sahaja melibatkan diri merasakan itu sangat sukar bagi mereka. Walau bagaimanapun, mereka dah melakukanya dengan baik, Alhamdulillah....

Ketika pertandingan, saingan amat sengit. Walaupun tidak mendapat tempat dihati juri, tapi kami mendapat tempat dihati penyokong setia KTHO. Kami dah buat yang terbaik. Buat penari KTHO yang baru terlibat dalam pertandingan menari, jadikan ini satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Selepas ni, kami akan melibatkan diri untuk ICAF. Berharap penari yg baru terlibat dalam dunia tari akan terlibat sama dan bersedia dari segi mental dan fizikal :D


1 comment:

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.