Kenapa suka merah jambu?

Assalamualaikum bloggers.


Tajuk entry hari kenapa suka merah jambu? Haaa agaknya kenapa ia mereka ni suka merah jambu termasuk juga saya? Mesti tertanya tanya. Ada dua kategori orang yang suka merah jambu ni bagi saya. Pertama, dia suka merah jambu dan kalau boleh hidup dia dipenuhi dengan merah jambu. Kedua, dia suka merah jambu tapi tak seperti orang yang kategori pertama.

Macam saya, saya kategori pertama. Saya sangat minat dengan merah jambu sebab warna nya yang cantikk, tenang, comel dan sedap mata memandang. Lagipun, ia nampak keperempuanan. Eh, tapi kan kenapa ada juga lelaki yang minat merah jambu? Haaaaaaaa.........kenapa agaknya? Tapi kan, ramai akan cakap lelaki yang suka merah jambu atau pakai satu benda yang berwarna merah jambu, orang akan cop mereka sebagai lelaki lembut atau lelaki romantik atau lelaki sweet.  Bagi saya, biasalah tu lelaki yang suka merah jambu. Saja nak minat satu benda yang lain.

Saya minat merah jambu dah lama. Pada mulanya saya minat kucing, dari kucing terus ke hello kitty. hello kitty kan kucing. dan hello kitty pulak warna merah jambu. Haaa tiga tiga benda tu terus saya minat. Kalau nampak kucing ke hello kitty ke merah jambu memang beli atau berhenti sekejap untuk tengok. Saya ada banyak jugak koleksi hello kitty dan merah jambu.


Saya kalau boleh khawin nanti pun nak tema hello kitty. Tapi, bakal suami tak kasi hahahah katanya dah besar tak boleh nak ikut sangat benda-benda macam tu. Tapi bagi saya, alah biarlah nak ikut pun lain dariapda yang lain asalkan tak nampak pelik dan dibenci orang kan kan?

Sekarang ni tengah nak tambah lagi koleksi hello kitty dan merah jambu....nanti saya kongsikan lagi

Share or Like, thank you.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Copyright 2017 Fatin Hazwani | Blogger Designer.