Rahsia Untuk Kekalkan Percintaan Jarak Jauh

Assalamualaikum bloggers


Bercinta jarak jauh ini sebenarnya ada kelebihannya yang tersendiri, yang paling ketara adalah dapat mengelak dari perbuatan yang terlarang. Kalau asyik berkepit kehulur-kehilir pun biasanya ada syaitan yang sentiasa berbisik untuk menyesatkan. Betul tak?

Ramai yang bercinta jarak jauh bertahun-tahun tetapi akhirnya ke jinjang pelamin juga. Hah, jadi dah terbukti, percintaan jarak jauh bukan sesuatu yang mustahil cuma perlu usaha keras lebih sedikit untuk mempertahankannya.

Untuk anda yang bercinta jarak jauh, di bawah ini kami kongsikan beberapa tips untuk memastikan perhubungan anda tidak pudar.
Rahsia Kekalkan Percintaan Jarak Jauh
  1. Kerap Berkomunikasi – Dalam setiap perhubungan, komunikasi adalah sesuatu yang sangat penting. Begitu juga dengan perhubungan jarak jauh, sebolehnya luangkan masa untuk berkomunikasi setiap hari. Tidak perlu bergayut berjam-jam di telefon sampai bil telefon melambung tinggi. Cukup sekadar menghantar mesej dan bertanya khabar, memaklumkan sedikit rutin harian dan berbincang hal-hal yang dirasakan penting. Dengan berkomunikasi, pasangan tidak akan rasa terpinggir atau diabaikan dan sebarang masalah dapat diatasi dengan segera.
  2. Berjumpa – Sebolehnya biarpun bercinta jarak jauh perlulah berjumpa walaupun untuk seketika. Tetapi ada juga pasangan yang langsung tidak berjumpa atas alasan-alasan tertentu. Jika hal ini terjadi kepada anda, maka anda perlu berbincang dengan pasangan punca ‘mengapa tidak dapat berjumpa’. Jika pasangan saling memahami dengan situasi yang dihadapi, maka ‘berjumpa’ bukan lagi satu isu yang besar.
  3. Kepercayaan – Bila bercinta perlu percaya. Jangan asyik cemburu buta sahaja. Percintaan jarak jauh perlukan kepercayaan yang berganda-ganda. Ini kerana anda tidak dapat melihat gerak-geri pasangan anda. Jadi anda perlu sentiasa berfikiran positif tentang pasangan anda.
  4. Setia – Bila dah saling percaya tu, perlulah tanam ‘kesetiaan’ dalam diri. Biarpun bercinta jarak jauh, anda perlu setia. Jangan bila rindu atau bosan dan pasangan tiada di sisi, anda guna kesempatan itu untuk curang pula. Kecurangan itu akan membunuh hubungan dan kepercayaan pasangan anda. Jadi ingat, jika anda sayangkan pasangan dan hubungan, anda perlu setia.
  5. Mohon Pada Allah – Sesungguhnya jodoh dan pertemuan, Allah yang tentukan. Sentiasa berdoa dan bermohon agar Allah pelihara hubungan anda dan pasangan anda. Dan semoga hubungan yang terbina itu berakhir di jinjang pelamin dan kekal bahagia sampai jannah.

sumber nota wanita

Share or Like, thank you.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Copyright 2017 Fatin Hazwani | Blogger Designer.