PORTFOLIO MAKEOVER BLOG TUTORIALS FREEBIES AUTHOR BLOG HOME PAGE

Jenis Sarapan Yang Membantu Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum bloggers


Jenis Sarapan Yang Membantu Turunkan Berat Badan
  1. Oat – Jika sebelum ini ada biasa makan nasi lemak atau roti canai sebagai sarapan, apa kata anda gantikan dengan pengambilan oats pula. Oats bukan sahaja rendah kalori tetapi akan membuatkan anda rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
  2. Telur – Antara menu yang mudah dihidangkan di waktu pagi adalah telur dadar atau telur separuh masuk. Telur rendah kalori tetapi kaya dengan kandungan protein.
  3. Smoothies – Ada segelintir yang memberi alasan, susah nak telan makanan di awal pagi. Jika anda juga berdepan masalah sebegitu, kami syorkan anda amalkan mengambil smoothies di waktu pagi. Anda hanya perlukan secawan susu rendah lemak dan kisarkan dengan buah-buahan yang anda gemari. Jangan lupa tambahkan ais masa nak mengisar. Buah-buahan kaya dengan vitamin dan susu pula tinggi kandungan kalsium. Jadi dengan minum segelas smoothies, anda sudah mendapat sarapan yang menyihatkan.
  4. Sandwich Tuna – Anda juga boleh bersarapan dengan makan sandwich tuna yang menggunakan roti gandum. Bukan roti putih ye. Pastikan anda tambahkan juga dengan sayur-sayuran seperti tomato, salad atau timun untuk mendapatkan satu sarapan yang lengkap dan berkhasiat.
  5. Pancake – Kebiasaannya kita buat pancake guna tepung gandum kan, tetapi untuk anda yang ingin kurus, apa kata anda cuba buat pancake dengan tepung jagung. Lepas itu taburkan dengan kekacang dan sedikit syrup.
  6. Buah-buahan dan Sayur-sayuran – Anda juga boleh amalkan mengambil buah atau sayur yang anda gemari sebagai sarapan anda. Dimakan mentah atau dikisar untuk dijadikan jus.
Semoga ia menjadi info yang berguna buat semua dan juga saya. Sebab saya pun jarang ikut benda benda macam ni sebab malas hahaha.

sumber nota wanita

Share or Like, thank you.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog