HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

7 Tips Elak Daripada Ditipu Peniaga Online

Assalamualaikum bloggers.

7 Tips Elak Kena Tipu Bila Membeli Barang Online
Di bawah ini dikongsikan 7 Tips Elak Kena Tipu Bila Membeli Barang Online. Semoga ianya dapat dijadikan panduan agar anda dapat membeli belah secara online dengan selamat.

1) Selidik Dulu Laman Web Jualan – Jika anda berminat untuk membeli secara online dari peniaga yang anda kenali dari laman sosial, pantau dahulu profil peniaga tersebut. Cari alamat laman web, kunjungi laman web tersebut. Baca komen dan teliti setiap artikel yang dikongsikannya. Jika anda rasa was-was kerana banyak komen negatif ataupun laman web jualannya seperti kosong dan tidak dikemaskini, eloklah anda elak dari membuat pembelian.

2) Ambil Kesempatan Menghubungi Peniaga Sebelum Membuat Pembelian – Selalunya peniaga yang menjual barang secara online akan meletakkan nombor telefon untuk dihubungi. Jadi sebelum membuat pembelian atas talian, pastikan anda hubungi dahulu peniaga tersebut. Selepas itu anda boleh perhatikan caranya memberi maklumbalas, cepat dan efisyen ataupun anda perlu menunggu lama sebelum mendapat respon. Tanya beberapa soalan tentang barang yang ingin anda beli dan teliti cara dia memberi penjelasan.

3) Cuba Dapatkan Pandangan Dari Pembeli Yang Lain – Jika anda betul-betul berminat untuk membeli sesuatu dari peniaga online, terlebih dahulu anda boleh bertanyakan pada pembeli yang lain atau dari rakan-rakan anda tentang pengalaman mereka membeli belah dari peniaga tersebut.

4) Lawat Fanpage Jualan – Selalunya peniaga online akan mempunyai fanpage mereka sendiri, paling tidak pun mereka akan berkongsi tentang barangan jualan di Facebook atau instagram peribadi mereka. Jadi anda boleh buat pemerhatian di situ. Peniaga online selalunya aktif memuat naik status baru sambil membuat promosi barang jualan. Sekiranya Facebook atau fanpage mereka nampak seperti langsung tidak aktif, eloklah anda fikir banyak kali sebelum membeli.

5) Luangkan Masa Baca Testimoni – Peniaga online juga gemar berkongsi testimoni atau maklum balas dari pembeli yang telah membeli dari mereka sebelum ini. Perhatikan setiap testimoni yang dikongsikan. Rajinkan juga jari untuk mencari di Google, sebab mungkin ada yang berkongsi tentang pengalaman membeli dari peniaga tersebut.

6) Berhati-hati Dengan Tawaran Harga Promosi Yang Tidak Masuk Akal – Kadang kala ada juga peniaga yang menjual barangan tiruan. Mereka akan menawarkan harga yang sangat murah untuk memperdaya pembeli. Kaji dulu barang yang ingin anda beli terutamanya produk kesihatan dan kecantikan.

7) Pastikan Ada Bukti – Bila anda membuat pembelian dengan mana-mana peniaga online, pastikan anda simpan setiap rekod komunikasi antara anda dan peniaga tersebut. Simpan juga bukti pembayaran. Semua ini boleh dijadikan bukti sekiranya peniaga tersebut tidak jujur. Anda boleh membuat laporan jika anda ditipu dan semua rekod yang anda simpan itu boleh dijadikan bahan bukti.

sumber nota wanita

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.