HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Sambutan Hari Malaysia UKM

Assalamualaikum bloggers.

Alhamdulillah selesai sudah sambutan Hari Malaysia UKM. Segala persembahan dan perbarisan berlangsung dengan lancar. Semua kolej terlibat dengan perbarisan serta persembahan. Saya telah terlibat persembahan dengan pusat kebudayaan UKM.

Saya menjadi kumpulan utama Tarian Borneo bersama pelajar-pelajar lain. Sebelum hari kejadian tiba, waktu latihan kami cuma seminggu sahaja. Jadi sebagai seorang yang minat menari, saya menganggap itu sebagai satu cabaran. Yelah, lepas kelas ada latihan menari dari petang sampai malam. Semasa hari kejadian pula terpaksa tak datang kelas atas sebab kena bersiap awal.

Walau bagaimanapun, saya gembira sebab dapat terlibat sama dengan pusat kebudayaan UKM. Boleh lihat rakaman video dibawah semasa hari kejadian walaupun tak semua persembahan ada dalam tu :'(


 makeup by Aten Eika

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.