HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Kejutan istimewa untuk buah hati di Twenty & CO cafe

Assalamualaikum bloggers.

Saya nak share tentang perancangan saya untuk sambut hari jadi teman istimewa saya yang ke 19 tahun. Saya dah rancang benda ni awal. Jadi saya nak berkongsi dengan korang semua. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. walaupun ia cuma kejutan yang ringkas.


Hiasan yang dilakukan oleh Rustic Picnic. Harga nya berbaloi dan hiasannya sangat cantik. Saya pilih tempat Twenty & CO cafe sebagai tempat untuk kejutan birthdaynya. Boleh singgah instagram beliau untuk lihat dekorasi yang dibuat olehnya.



Ni tempat yang saya pilih. Sangat seronok, cantik dan memang sesuai untuk majlis apa apa sekali pun. Layanannya pun tiptop. Bukan itu sahaja, makanan disitu pun sedap. harga berbaloi. Tak kecewa pun pergi sana :)

Ketika saya rancang benda ni, dia taktahu pun. Sebab saya sambut tiga hari selepas hari jadi dia. Jadi memang dia tak rasa pun yang saya nak buat kejutan untuk dia. Lepas kelas, kami terus pergi ke cafe ni. Tak lama, lepas sambut dan belanja dia makan saya kena balik sebab ada latihan untuk sambutan hari malaysia. Hihihihi, reaksi dia agak terkejut jugaklah. Saya ni bukannya romantik. Walau bagaimanapun,  saya gembira bila awak gembira :D

Saya nak berkongsi saat saat indah kami ketika disitu.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.