✿✿✿ PORTFOLIO || HIRE ME || TUTORIALS || FREEBIES || ABOUT ME || BLOG
Blog Duniaimpianfatin: September 2016

Kejutan istimewa untuk buah hati di Twenty & CO cafe

Assalamualaikum bloggers.

Saya nak share tentang perancangan saya untuk sambut hari jadi teman istimewa saya yang ke 19 tahun. Saya dah rancang benda ni awal. Jadi saya nak berkongsi dengan korang semua. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. walaupun ia cuma kejutan yang ringkas.


Hiasan yang dilakukan oleh Rustic Picnic. Harga nya berbaloi dan hiasannya sangat cantik. Saya pilih tempat Twenty & CO cafe sebagai tempat untuk kejutan birthdaynya. Boleh singgah instagram beliau untuk lihat dekorasi yang dibuat olehnya.



Ni tempat yang saya pilih. Sangat seronok, cantik dan memang sesuai untuk majlis apa apa sekali pun. Layanannya pun tiptop. Bukan itu sahaja, makanan disitu pun sedap. harga berbaloi. Tak kecewa pun pergi sana :)

Ketika saya rancang benda ni, dia taktahu pun. Sebab saya sambut tiga hari selepas hari jadi dia. Jadi memang dia tak rasa pun yang saya nak buat kejutan untuk dia. Lepas kelas, kami terus pergi ke cafe ni. Tak lama, lepas sambut dan belanja dia makan saya kena balik sebab ada latihan untuk sambutan hari malaysia. Hihihihi, reaksi dia agak terkejut jugaklah. Saya ni bukannya romantik. Walau bagaimanapun,  saya gembira bila awak gembira :D

Saya nak berkongsi saat saat indah kami ketika disitu.


KEEP READING

Share or Like, thank you.

Sambutan Hari Malaysia UKM

Assalamualaikum bloggers.

Alhamdulillah selesai sudah sambutan Hari Malaysia UKM. Segala persembahan dan perbarisan berlangsung dengan lancar. Semua kolej terlibat dengan perbarisan serta persembahan. Saya telah terlibat persembahan dengan pusat kebudayaan UKM.

Saya menjadi kumpulan utama Tarian Borneo bersama pelajar-pelajar lain. Sebelum hari kejadian tiba, waktu latihan kami cuma seminggu sahaja. Jadi sebagai seorang yang minat menari, saya menganggap itu sebagai satu cabaran. Yelah, lepas kelas ada latihan menari dari petang sampai malam. Semasa hari kejadian pula terpaksa tak datang kelas atas sebab kena bersiap awal.

Walau bagaimanapun, saya gembira sebab dapat terlibat sama dengan pusat kebudayaan UKM. Boleh lihat rakaman video dibawah semasa hari kejadian walaupun tak semua persembahan ada dalam tu :'(


 makeup by Aten Eika

KEEP READING

Share or Like, thank you.

Baru mula kelas kot? Dah ada assigment individu and kumpulan?

Assalamualaikum bloggers.

Kenapa tajuk post saya macam tu? Biasalah kan orang baru masuk universiti baru nak hidup dalam kehidupan universiti. Dulu matrik macam sekolah. Semuanya pensyarah yang kitaorang panggil cikgu/teacher/sir yang suapkan.

Nah sekarang sendiri suap! Baru minggu pertama, kelas pertama orang lain kebanyakan batal. Tapi kelas saya berjalan. Kelas pertama saya ialah Aplikasi Komputer. Tu pun nasib baik tahu ada kelas sebab cek ifolio kitaorang. "apa tu ifolio?" ifolio tu web yang dimana segala assigment, nota, discussion dibuat dalam tu. So, memang kena sentiasa update lah. Kelas batal pun bagitahu dalam tu.

Walau bagaimanapun, saya cuba ngamkan diri dengan kehidupan universiti. Baru sem pertama so kena kuat semangat sebab ada lagi 3tahun :') Eh lupa nak cakap, saya program ijazah sarjana muda Pentabiran Perniagaan dan kepujian. Bukannya minat pun benda ni, tapi sebab nak sambung perakaunan nanti tahun dua, jadi kena ambil kursus ni dulu. Kalau pointer cantik, inshaAllah boleh tukar kursus. Doakan saya.....
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Mulanya kehidupan di UKM

Assalamualaikum bloggers.

Jangan tanya kenapa dah lama sangat tak update blog. jawapannya masih sama :( Harini nak share tentang kehidupan di UKM. Dah besar sekarang ni dah masuk universiti. Hahaha. So adik adik yang nak pilih universiti nanti, pilih lah UKM. Best tau.

Mula-mula, biasalah mesti ada minggu orentasi. Minggu tulah kenal universiti kenal kawan kenal roomate dan macam-macamlah. Dan, minggu ni paling orang menyampah sebab kena bangun awal pagi. Hahaha, biasalah tu kan. Bagi saya, minggu orentasi kat UKM ni best sangat. Tak banyak ceramah macam orentasi kat matrik. hahaha. Ada hari untuk buat aktiviti mengikut domain dan ada juga persembahan di DECTAR dan juga persembahan untuk dinner kolej. Okay, lupa nak cakap saya penghuni kolej Tun Hussein Onn. (ktho)

Pada minggu orentasi tu saya dah terlibat dua persembahan. Saya memang suka join persembahan. Lagi-lagi menari. Saya menari untuk dinner kolej. Tarian Ayda Jebat. Mahu tak nya kena menari gedik-gedik sikit. Lepastu, upload kat instagram, sis Ayda Jebat komen dan suka pulak tu. Gembiranyaa!!!! hehehe. dahlah, kalau dengar cerita mesti bosan. Jom Layan gambar.






















KEEP READING

Share or Like, thank you.