HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Pengalaman interview di UM dan UKM

Assalamualaikum bloggers....

 mesti korang tak sabar tunggu saya update tentang keadaan semasa ditemuduga untuk kemasukan ke UM & UKM 2016/2017. Baiklah, seminggu selepas saya semak berjaya ke tidak ke temuduga tu. Macam-macam saya fikir, serabut kepala apa agaknya soalan ditanya. Cari dekat internet pengalaman senior diinterview semua. Bila cari dan baca, soalan yang dikemukan kepada senior sangat susah. Jadi, selepas itu saya rasa macam takut dan rasa taknak hadir je temuduga hahahah......tapi saya kuatkan semangat dan pergi juga...And last minit, senior kata kene buat resume.. okay dah buat tapi tak print sebab print rosak dan memang tak bawak resume dan nasib baik tak diperlukan pun.. hahahahha

First temuduga adalah di UM. Saya bertolak jam 6.45 pagi dan tiba jam 8 lebih. Ingatkan dah tak boleh interview tau sebab lambat. Waktu temudga saya 8.30. Tapi bila dah sampai, rupanya ramai lagi belum diinterview dan sedang daftar untuk temuduga. Saya takde gambar untuk dikongskan dengan korang semua. Tapi, dewan peperiksaan d UM dan keadaan d UM sangat cantik dan best sangat. teringin nak masuk UM kalau ada rezeki. Tap taktahulah ada rezki ke tidak sebab pelajar di UM semuanya teror BI dan pelbagai jenis orang ada disitu.Korang mesti tak sabar kan apa soalan yang dikemukakan kpd saya? hehehehe....

hampir 4jam tunggu turn dan akhirnya turn saya. Ada beberapa kaunter temududuga yang dbuka ketika itu. dan rezeki saya dapat panel kedua duanya perempuan. Kami banyak berbual dalam bahasa melayu selepas ditanya dalam bahasa inggeris. Saya taktahulah LUCK saya ketika itu bagus ataupun berdasarkan keputusan muet saya yang hanya mencapai BAND 3 sahaja. ni antara soalan yang dkemukan.
1. Ceritakan tentang keluarga awak
2. Ceritakan tentang hobi awak (in english)
3. Bagaiman awak nak mantapkan penguasaan bahasa inggeris awak? (in english)
4. Ceritakan suatu peristiwa yang awak tak boleh lupa. Tak kisah sedih atau gembira. (in english)
ketika ditemuduga, saya rasa macam berborak kosong je. ingatkan dapat course perakaunan dan course kewangan, panel akan tanya soalan berkaitan itu, rupanya tidak. Terkejutkan bila baca soalan yang ditanya. hihi masa jawab soalan dalam bahasa inggeris tu mmg agak tidak teratur lah. Tapi legalah lepas juga menjawabnya. 

Second temuduga pula di UKM. Dan semasa di UKM pula........
Saya hadir lebih awal dari UM sebab dekat je SEREMBAN ke SELANGOR. Datang awal daftar awal balik pun awal jugak lah. hahaha..... sebelum hari interview, saya tanya pada kawan-kawan yang dah temuduga awal dari saya. Soalan yang diber pada mereka jauh lebih susah dan semasa interview masuk sekali 4.. Tapi masa saya ditemudga, sayadisuruh  masuk berdua. mungkin kerana ksuntukan masa. Rasa macam seram tau nak tunggu turn tu. Tapi, sebelum masuk tu ktaorang kena si satu borang yang lebih kurang macam resume lah. Lepas 2 jam tunggu turn akhirnya nama saya dan partner dipanggl. Tapi, Alhamdulillah masa masuk tu soalan yang dterima semua senang.Semua soalan yang dikemukan semua dalam bahasa melayu ada satu dua soalan je dalam bahasa inggeris. Antara soalannya,
1. Kenapa nak masuk UKM?
2. Dalam kelab awak ni, awak terlibat dalam bidang apa? (pencapaian kelab persatuan)
3. Ceritakan pasal cita-cita awak dan kenapa awak nak jadi beigtu?
4. Apa pendapat anda tentang kajian kes tersebut? (diber kajian kes)
5. Pernah terlibat dalam aktivit keusahawanan ? ( in english)
Sebenarnya di je saya anggap soalan yang dikemukan semasa interview di UM & UKM selainnya seperti berborak sahaja. So untuk pelajar akan datang yang sambung degree korang jangan panic jelah..... haha mesti jadi lagi bagus dari saya. Mereka hanya nak tengok keyakinan kita semasa bercakap dan pandai ke tak kita bercakap. Tips senang je masa nak dtemuduga, 
RELAX, DUDUK TEGAK, SENYUMSUSUN AYAT DENGAN BETUL, YAKIN YAKIN YAKIN
Cehh saya bagi tips tapi saya agak kurang yakin sikitlah ketika itu. tapi takpe dah lepas dah. hahahaha.... okay sampai sini je pengalamn semasa interview..rezeki samaada dapat UM or UKM tu nanti lah kita cerita.....

2 comments:

  1. Owh, skrg nak belajar pon ade interview erk? Naseblah dah lepas part tu, kalau x mau idup diselubungi nervous, haha~~

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.