HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Persediaan interview untuk Program Ijazah Sarjana Muda

Assalamualaikum bloggers....

Tersangat lama saya tak update entry atas sebab tertentu dan yang pasti salah satu sebabnya adalah MALAS. Saya baru je tamat Program Matrikulasi pada 26 April 2016 haritu. Memang gembira dapat balik tapi risau pasal keputusan.. Saya belum pernah lagi update pasal keputusan saya semasa matrikulasi. Alhamdulillah, di matrikulasi saya dapat perform. Di matrikulasi ada empat kali duduk peperiksaan bagi kami program satu tahun iaitu UPS (Ujian Pertengahan Semester) & PSPM (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi). Progran saya satu tahun, so ada dua sem. Jadilah UPS 1 (3.8) & UPS 2(3.9) DAN PSPM 1(3.9) & PSPM 2(berapa agaknya pointer?) .

Sambil tunggu keputusan, saya dah dapat interview untuk ke UKM & UM. UKM saya dapat first choice dalam UPU. Alhamdulillah... saya ambik pentadbiran perniagaan supaya senang saya nak ambil course perakaunan pada tahun dua di UKM kalau ada rezeki ke sana.

Untuk masuk UM, saya pilih dua course. dan alhamdulillah dua dua course dapat untuk diinterview.. sekarang hanya perlu persediaan untuk interview..  

Jika saya berjaya masuk ke universiti hebat ini, saya akan melanjutkan pelajaran selama 4tahun....tapi Apa yang saya risaukan disini ialah tentang interview.. Ada sesiapa yang sudi kongsi pengalamn semasa dinterview seperti course yg saya dapat tu atau pun course lain? Saya jenis yg kekok bila nak ditemuduga bersemuka ni... dup dap dup dap je jantung.. kalau ada yang sudi kongsi, saya amat gembira dan berterima kasih...

1 comment:

  1. tahniah dik dapat iv ukm and um..akk tahun 2 kt ukm tp since tahun lepas baru start temuduga utk yg baru nak apply sini...time akk xde lagi iv..basicly kena bnyk tahu isu semasa..and yang penting confident..gudluck awak..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.