Pernikahan anak Perdana Menteri, Nooryana Najwa. Tahniah!

Assalamualaikum bloggers.


Untuk permulaan post, kami rakyat Malaysia mengucapkan sekalung tahniah kepada anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri beliau Datin Seri Rosmah iaitu  Nooryana Najwa dan pasangannya yang bakal disatukan pada hari ini.

Menurut sumber, pasangan ini akan melangsungkan majlis pernikahannya di kediaman rasmi Seri Perdana, Putrajaya. Menariknya, majlis akad nikah itu sendiri akan dilakukan sendiri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dikhabarkan, majlis resepsi Nooryana Najwa dan pasangan Daniyar Nazarbayev akan diadakan pada 28 Mac 2015 di Kuala Lumpur serta di Pekan, Pahang. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan Jun tahun 2011 yang lalu di Seri Perdana, Putrajaya.


Nooryana dan Daniyar masing-masing merupakan penuntut di Universiti di Amerika Syarikat. Nooryana merupakan bekas graduan School of Foreign Service lepasan Georgetown University, Washington kini sedang berkhidmat dengan sebuah syarikat iaitu Venture Capital manakala Daniyar pula menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Kami di sini mengucapkan jutaan tahniah dan selamat pengantin baru, semoga pasangan ini dapat melayari kehidupan berumah tangga dengan lebih bahagia.

kredit: Gosip Malaysia
Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.

ALHAMDULILLAH...7A'S in SPM 2014

Assalamualaikum bloggers. Sekian lama tinggalkan blog dalam 4bulan..akhirnya bertemu kembali..Mulai harini, saya akan mula aktif dalam berblog sebab baru sahaja berhenti kerja dan lebih fokus pada permohonan ke Universiti dan Biasiswa..

Pada 3 Mac 2015, pelajar tingkatan 5 2014 yang menduduki SPM telah mengambil result...
Ya Allah, dup dap dup dap jantung ni masa tunggu... Sbelum result keluar, saya ada termimpi yang saya hanya memperolehi 2A.. Ya Allah..start daripada haritu saya jadi gelisah dengan result...

Kini tiba saatnya...saya ambil result seorang diri tanpa ditemani parents sebab ada hal yang perlu diselesaikan... Target hanya 5A sebab tu je mampu....Semasa cikgu umum kan bahawa pelajar yang memperolehi 5A hanya 18... setelah tunggu dan menunggu..nama saya tiada dalam nama pelajar 5A...

Dah gelisahhhhhhhhhhh :( Kini peljar yang memperolehi 6A hanya 14orang...saya tunggu juga...pun tiada.. Terus ambil handphone dan mesej ibu untuk bagitahu bahawa nama saya tiada dalam senarai 5A & 6A :( Start daripada tu saya mula nak nangis...sebab 7A keatas tak mungkin saya tersenarai...7A hanya seramai 10orang.. saya dah mula putus asa...


Setelah beberapa orang disebut..saya terkejut sangat sebab nama saya FATIN HAZWANI BINTI ABDUL MUTALIB disebut... Ya ALLAH betapa seronok dan sedihnyaa saya..keputusan yang tak disangka-sangkakan....

Ya Allah tak sangka betul..Syukur alhamdulillah..Akhirnya dapat banggakan ibu ayahhh....

Terima kasih Ya Allah atas kejayaan dalam SPM yang Kau berikan..semoga diri ini berjaya sehingga ke menara gading... Maaf lambat kongsi cerita hihihi sebab busy kerja.. Tahniah juga kepada yang lain :D
Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.
 
Copyright 2017 Fatin Hazwani | Blogger Designer.