HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Pernikahan anak Perdana Menteri, Nooryana Najwa. Tahniah!

Assalamualaikum bloggers.


Untuk permulaan post, kami rakyat Malaysia mengucapkan sekalung tahniah kepada anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri beliau Datin Seri Rosmah iaitu  Nooryana Najwa dan pasangannya yang bakal disatukan pada hari ini.

Menurut sumber, pasangan ini akan melangsungkan majlis pernikahannya di kediaman rasmi Seri Perdana, Putrajaya. Menariknya, majlis akad nikah itu sendiri akan dilakukan sendiri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dikhabarkan, majlis resepsi Nooryana Najwa dan pasangan Daniyar Nazarbayev akan diadakan pada 28 Mac 2015 di Kuala Lumpur serta di Pekan, Pahang. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan Jun tahun 2011 yang lalu di Seri Perdana, Putrajaya.


Nooryana dan Daniyar masing-masing merupakan penuntut di Universiti di Amerika Syarikat. Nooryana merupakan bekas graduan School of Foreign Service lepasan Georgetown University, Washington kini sedang berkhidmat dengan sebuah syarikat iaitu Venture Capital manakala Daniyar pula menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Kami di sini mengucapkan jutaan tahniah dan selamat pengantin baru, semoga pasangan ini dapat melayari kehidupan berumah tangga dengan lebih bahagia.

kredit: Gosip Malaysia

5 comments:

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.