PORTFOLIO MAKEOVER BLOG TUTORIALS FREEBIES AUTHOR BLOG HOME PAGE

Tempahan Header Suzana Kadir

Assalamualaikum bloggers.

Alhamdulillah, rezeki 2014. Busy busy spm pun, kerja yang diberi customer kena buat jugak. Terpaksa buat yang mana cepat and senang walaupun ada yang lebih awal bayar. Hmm terpaksa because too busy. Walaupun busy, aten tetap nak tolong mereka mereka yang kurang tahu hendak hias blog or header.

Thanks to Suzana Kadir sebab tempah dengan aten.
Tema : Polka dot & Stripe
Warna : Pink and turqoise
Width : 960px


 Jangan lupa tinggalkan komen untuk design ni :) 
3 customer tinggal lagi. Tunggu ye customer tersayang...

Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Antara BAJU KETAT & BAJU LONGGAR. Pilihan anda?

Assalamualaikum bloggers.

Pada abad sekarang ni, pelbagai jenis fesyen yang telah dipromosikan diseluruh pelusuk dunia. Dan sudah tentunya setiap perempuan terutamanya minat pada fesyen-fesyen terkini. Tidak salah jika nak ikut fesyen sekarang, tapi biarlah berpada-pada dan jangan tersalah memilih fesyen.

Zaman sekarang ni, ramai remaja yang gemar memakai baju ketat seperti saiz "S" DAN "XS" terutamanya bagi mereka yang berbadan kurus kerempeng. Nampaknya remaja sudah salah menggunakan saiz itu. Tidak bermakna badan kita kurus kerempeng perlu memilih saiz yang lebih kecil dari saiz badan kita. Bagi mereka baju saiz kecil ni bila pakai rasa sejuk.

Bagi aten baju yang lagi besar lah lagi sejuk. Kalau nak pakai baju ketat, pakai dalam rumah sudah. Seriusly, bagi aten memang tak selesa kalau pakai baju ketat metat ni sebenarnya. Taktahulah kenapa mereka-mereka minat saiz baju yang lebih kecil atau ikut saiz badan.

Aten hanya berkongsi tentang pendapat aten sahaja. Walaupun aten masih lagi ada kekurangan pada diri. Tidak salah kan kalau kita berubah kearah yang lebih baik. Jadi, aten nak kongsi tentang kesalahan menutup aurat seperti dibawah. Alhamdulillah, aten berjaya berubah sedikit demi sedikit berbanding diri aten yang lepas lepas.

Share or Like, thank you.

SAYA BUAT KERJA HALAL BUKAN HARAM

Assalamualaikum bloggers.

Sekian lama tak update lebih 3minggu rasanya, harini baru dapat update. Maaflah busy sikit tahun ni sebab aten calon spm kan so kena banyakkan masa kepada study :) Setelah sekian lama tak update, aten hanya view blog guna tablet je. Ranking blog pun makin jatuh urmm sedihnya. Insyaallah akan aktif balik lepas ni.

Hmm bukan nak burukkan seseorang ni ke apa. Tapi, dia datang ke blog aten dan lemparkan kata-kata yang menyakitkan hati. 


Aten memang taktahu siapa sebenarnya gerangan manusia ni. Walaupun dia kata macam tu, takpe aten sabar saje. Memang dah pernah kena macam ni. Apa yang tak dipuas hatinya pun aten taktahu. Semoga Allah sahaja dapat membalasnya.

Alhamdulillah rezeki 2014 ni ramai yang membuat tempahan. Syukur....Blog customer pun dalam proses dan akan diupdate hasilnya tak lama lagi. Terima kasih kepada yang support dan yang sudi menempah dengan aten sebab hasil kerja aten dan bukan kerana harganya yang murah atau mahal...

Mungkin kata kata semangat daripada para bloggers, boleh menjadi pembakar semangat untuk aten terus meneruskan perkhidmatan blog ni sampai bila bila :') sebab tak sanggup lah bila manusia macam tu kata begitu kan. hmm .....

Share or Like, thank you.