PORTFOLIO MAKEOVER BLOG TUTORIALS FREEBIES AUTHOR BLOG HOME PAGE

Yeyyy, blog dah berubah rupa..

Assalamualaikum bloggers.

Nampak tak rupa baru blog ni? Haa ni sempena tahun baru dan azam baru. Aten teringin juga nak tukar rupa blog macam bloggers lain. Hihihi walaupun rupa ditukar warnanya tetap pink dan tak akan berubah. Ni sebab aten suka pink. So, warna lain tak pandang sangat....

Ni screenshot template lama aten. Ramai sangat bloggers yang komen tentang header tu and blog aten yang berat katanya...Bagi aten tak berat pun.. Sokaylah komen korang aten terima je.. hihi

But now, sekarang blog dah bertukar..Semuanya hasil tangan sendiri takada nak cilok kat bloggers mana2 pun. Makan berapa jam nak edit ni sebab takut hilang coding. Menangis pulak nanti kan? Tapi, alhamdulillah everything setle. Aten rasa blog sekarang tak berat dah kot? Apa komen korang tentang perubahan blog aten ni? 

Share or Like, thank you.

Walaupun hidup 100 tahun kalau tak solat apa gunanya?

Assalamualaikum bloggers.


Setiap manusia di atas muka bumi ini pasti sedang berusaha untuk memperbaiki amalan dan iman mereka di dunia. Kita hanyalah manusia biasa. Paras iman kita pasti kadang-kadang menurun kadang-kadang menaik seperti air pasang surut. Itu kerana sebab-sebab sibuk dan lain2.

Walaupun sebab-sebab seperti penat, sibuk dan lain-lain itu bukan penghalang kita untuk berhubung dengan Allah. Ingat, talian hayat kita bersama Allah ialah SOLAT. Semua orang islam pasti sudah tahu bahawa Solat itu wajib dilaksanakan. Ia juga merupakan tiang agama. Macam mana nak bina iman sedangkan tiangnya tidak dilakukan.

Oleh itu, mari kita bersama-sama berubah untuk kebaikan kita sendiri. Ingat dunia sudah tua dan goyah. Manusia sekarang lebih terjebak dengan hiburan dan dunia sehingga terlupa dengan hal akhirat dan perintah Allah. Berdoalah agar kita terhindar daripada perkara sebegitu.

Tiada gunanya walaupun kita diberi umur yang panjang tapi tidak melaksanakan segala perintahnya. 


Entry ini hanya sekadar pengkosian untuk semua umat islam. Bukan untuk memerli atau apa. Segala yang baik datang dariNya, dan yang buruk itu dari saya sendiri.

Share or Like, thank you.

Budak Sekolah Tersepit

Assalamualaikum bloggers.

Harini merupakan hari pertama persekolahan bagi pelajar-pelajar sekolah menengah, sekolah rendah dan juga tadika. Mesti seronok kan hari pertama diaorang dapat kawan baru? Dan mesti kelakar juga tengok telatah diaorang yang menangis sebab takut nak pergi sekolah. Hihihi itu sudah biasa kan? Alhamdulillah lah, adik aten yang 6tahun dah tak menangis pergi sekolah. Dah besar katanya.

Tapi kan...................hari pertama sekolah ni ramai betul yang tersepit kan? Alahai kesianya tengok budak budak kecil tu. Apa yang buat diaorang sampai nak sangat masukkan kepala celah kerusi tu agaknya.


Kesian betul tengok diaorang ni... Ada main game kot haha siapa kalah kena masukkan kepala kat situ. Ishhh lepasni nasihatkan adik adik and anak anak kecil supaya jangan buat macam tu lagi. Kan dah susahkan diri and cikgu..

Share or Like, thank you.