HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Angka 17 Tiada Kaitan dgn Tragedi MH17

Assalamualaikum bloggers.

Seperti yang kita tahu, Malaysia menghadapi lagi satu dugaan iaitu Tragedi MH17 yang melibat ramaimangsa. Jika anda seorang manusia dan hamba yang mempunyai akal, pasti anda akan sama2 beri sokongan kepada kerajaan, Perdana Menteri dan yang seangkatan dengan beliau dalam menyelesaikan masalah ini.

Alhamdulillah, ramai rakyat Malaysia yang beri sokongan dan mengucapkan takziah serta beri sokongan dan kata semangat kepada ahli keluarga mangsa dan pihak yang bertanggungjawab yg sedang menyelesaikan kes ni. Namun, terdapat juga yang membuat hati rakyat Malaysia berasa dipijak2 seperti golongan "pembangkang". Lupakan politik kerana rakyat Malaysia harus bersatu.


Bukan itu sahaja, ramai jugak yang taksub dengan kepercayaan bidaah dan khurafat.Dengan menanggap tragedi ini ada kena mengena dengan angka 17. Seperti dalam gambar diatas. sekadar perkongsian bagi yang tidak membeli akhbar yang ada tentang berita ini.

Mohon kepada rakyat Malaysia, tragedi ini secara kebetulan. mohan bertaubat daripada mempercayai benda2 karut seperti itu. Ingat, kita umat ISLAM kita tahu macam mana ajaran kita. Allah beri ini semua sebagai dugaan. Dan Allah takkan memberi dugaan diluar kemampuan hambanya.

Oleh itu, kita mestilah memberi semangat dan sokongan kepada mereka2 yang sedang menyelesaikan kes ini. Tidak lupa juga, saudara kita di Palestin, Gaza dan juga kes MH370 yang masih belum selesai. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa berdoa. In Sha Allah, Allah akan perkenankan doa kita.

HENTIKAN SPEKULASI & KHABAR ANGIN.

3 comments:

  1. Bila jadi benda2 mcm nie, ada je cerita2 yangg tak betul disebarkan kan... #Pray4All

    ReplyDelete
  2. tp ada ustaz ckp angka 17 tu ada kaitan sebab org tak solat 5x sehari semalam = 17 rakaat semuanya.
    wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, di sini aku hendak memberi sedikit komentar...'Misteri Angka 17' ini sudah menjadi kegilaan umat-umat yang sama seperti kita iaitu buat shalat hajat dengan 17 rakaat...Dan, ini tiada dalam mana-mana hadis shahih ataupun nas/dalil....Memang benar angka 17 ini tiada kaitan dengan apa-apa dan orang-orang yang mengkaji tragedi itu berdasarkan 'numerologi' sahaja...Numerologi sebenarnya ada persefahamannya dengan agama Hindu, Buddha mahupun Kristian yang mementingkan angka-angka itu membawa bala ataupun tuah kepada mereka...Bagi kita, semua tarikh adalah sama sahaja~! Aku berharap, sesiapa yang membaca komentarku ini...Sebarkanlah kepada pengetahuan orang ramai...Aku takut umat-umat Islam akan mudah goyah dengan pendirian yang tidak tetap ini...Sekian, harap maklum...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.