HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Antara BAJU KETAT & BAJU LONGGAR. Pilihan anda?

Assalamualaikum bloggers.

Pada abad sekarang ni, pelbagai jenis fesyen yang telah dipromosikan diseluruh pelusuk dunia. Dan sudah tentunya setiap perempuan terutamanya minat pada fesyen-fesyen terkini. Tidak salah jika nak ikut fesyen sekarang, tapi biarlah berpada-pada dan jangan tersalah memilih fesyen.

Zaman sekarang ni, ramai remaja yang gemar memakai baju ketat seperti saiz "S" DAN "XS" terutamanya bagi mereka yang berbadan kurus kerempeng. Nampaknya remaja sudah salah menggunakan saiz itu. Tidak bermakna badan kita kurus kerempeng perlu memilih saiz yang lebih kecil dari saiz badan kita. Bagi mereka baju saiz kecil ni bila pakai rasa sejuk.

Bagi aten baju yang lagi besar lah lagi sejuk. Kalau nak pakai baju ketat, pakai dalam rumah sudah. Seriusly, bagi aten memang tak selesa kalau pakai baju ketat metat ni sebenarnya. Taktahulah kenapa mereka-mereka minat saiz baju yang lebih kecil atau ikut saiz badan.

Aten hanya berkongsi tentang pendapat aten sahaja. Walaupun aten masih lagi ada kekurangan pada diri. Tidak salah kan kalau kita berubah kearah yang lebih baik. Jadi, aten nak kongsi tentang kesalahan menutup aurat seperti dibawah. Alhamdulillah, aten berjaya berubah sedikit demi sedikit berbanding diri aten yang lepas lepas.

2 comments:

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.