HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Walaupun hidup 100 tahun kalau tak solat apa gunanya?

Assalamualaikum bloggers.


Setiap manusia di atas muka bumi ini pasti sedang berusaha untuk memperbaiki amalan dan iman mereka di dunia. Kita hanyalah manusia biasa. Paras iman kita pasti kadang-kadang menurun kadang-kadang menaik seperti air pasang surut. Itu kerana sebab-sebab sibuk dan lain2.

Walaupun sebab-sebab seperti penat, sibuk dan lain-lain itu bukan penghalang kita untuk berhubung dengan Allah. Ingat, talian hayat kita bersama Allah ialah SOLAT. Semua orang islam pasti sudah tahu bahawa Solat itu wajib dilaksanakan. Ia juga merupakan tiang agama. Macam mana nak bina iman sedangkan tiangnya tidak dilakukan.

Oleh itu, mari kita bersama-sama berubah untuk kebaikan kita sendiri. Ingat dunia sudah tua dan goyah. Manusia sekarang lebih terjebak dengan hiburan dan dunia sehingga terlupa dengan hal akhirat dan perintah Allah. Berdoalah agar kita terhindar daripada perkara sebegitu.

Tiada gunanya walaupun kita diberi umur yang panjang tapi tidak melaksanakan segala perintahnya. 


Entry ini hanya sekadar pengkosian untuk semua umat islam. Bukan untuk memerli atau apa. Segala yang baik datang dariNya, dan yang buruk itu dari saya sendiri.

6 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah sini dik...entri yang berguna untuk kita memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri kita...

    ReplyDelete
  2. hm.. betul tu dear.. kena jaga waktu jugak. huhu

    ReplyDelete
  3. sis , macam mane nak letak ayat bawah post ni ?

    ReplyDelete
  4. hurmm betultu.. Allah cipta kita tak lain tak bukan untuk abdikan diri kepadanya..;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.