PORTFOLIO MAKEOVER BLOG TUTORIALS FREEBIES AUTHOR BLOG HOME PAGE

Tempahan Kad Bisnes, Blog Tema Butterfly, Blogshop Shaklee

Assalamualaikum bloggers.

Dua bulan kot tak update blog, ranking jatuh sampai 4jutaa lebih. Teruk betul ranking. Takpelah lepas SPM aten akan aktif update blog. Doakan untuk aten ye SPM nanti 3 Nov ni. By the way, ni antara tempahan yang dah siap.

Tempahan Kad Bisnes Daripada Siti Ali
(redesign)



Tempahan Blogshop daripada Aini Nafiah
Tema blog : Floral
Free banner + Bisnes kad shaklee


Tempahan Blog Personal daripada Maria Hasun
Tema blog : Rama-rama 

Tinggalkan komen tentang design diatas? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Tempahan Kad Bisnes Siti Ali (make up artist)

Assalamualaikum bloggers.

Setelah sebulan tak update blog sebab trial SPM haritu. Harini start bukak blog dan siapkan tempahan. Maaf kepada customer yang tunggu sangat lama. Kali ni tempahan bisnes kad daripada Siti Ali. Beliau seorang make up artist dan juga "makcik saya" hihihi. Kalau ada anak ke, anak sedara, kawan yang nak kawin ke atau ada event apa2, boleh lah contact beliau. (promote sekejap)

Saya hanya ambil design business kad sahaja
Printing awak kena buat di kedai atau designer lain :)


Tinggalkan komen tentang design diatas? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Tempahan blog tema Floral & blog tema KPOP

Assalamualaikum bloggers.

Sebelum trial menjelma, dapat saya siapkan blog customer seramai dua orang. Ada lagi 4customer harap mereka dapat menunggu. Jom terjha blog customer saya ni dulu. Follow mereka sekali ^^

Tema: Floral
Warna: Pink & Blue
Free: banner (rm50 dan keatas)
Template:2 column
Blog jenis: Personal


Tema: KPOP
Warna: Pink & Yellow
Free: banner (rm50 dan keatas)
Template:2 column
Blog jenis:Personal



Tinggalkan komen tentang design diatas? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Angka 17 Tiada Kaitan dgn Tragedi MH17

Assalamualaikum bloggers.

Seperti yang kita tahu, Malaysia menghadapi lagi satu dugaan iaitu Tragedi MH17 yang melibat ramaimangsa. Jika anda seorang manusia dan hamba yang mempunyai akal, pasti anda akan sama2 beri sokongan kepada kerajaan, Perdana Menteri dan yang seangkatan dengan beliau dalam menyelesaikan masalah ini.

Alhamdulillah, ramai rakyat Malaysia yang beri sokongan dan mengucapkan takziah serta beri sokongan dan kata semangat kepada ahli keluarga mangsa dan pihak yang bertanggungjawab yg sedang menyelesaikan kes ni. Namun, terdapat juga yang membuat hati rakyat Malaysia berasa dipijak2 seperti golongan "pembangkang". Lupakan politik kerana rakyat Malaysia harus bersatu.


Bukan itu sahaja, ramai jugak yang taksub dengan kepercayaan bidaah dan khurafat.Dengan menanggap tragedi ini ada kena mengena dengan angka 17. Seperti dalam gambar diatas. sekadar perkongsian bagi yang tidak membeli akhbar yang ada tentang berita ini.

Mohon kepada rakyat Malaysia, tragedi ini secara kebetulan. mohan bertaubat daripada mempercayai benda2 karut seperti itu. Ingat, kita umat ISLAM kita tahu macam mana ajaran kita. Allah beri ini semua sebagai dugaan. Dan Allah takkan memberi dugaan diluar kemampuan hambanya.

Oleh itu, kita mestilah memberi semangat dan sokongan kepada mereka2 yang sedang menyelesaikan kes ini. Tidak lupa juga, saudara kita di Palestin, Gaza dan juga kes MH370 yang masih belum selesai. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa berdoa. In Sha Allah, Allah akan perkenankan doa kita.

HENTIKAN SPEKULASI & KHABAR ANGIN.

Share or Like, thank you.

Tempahan Blog Dalam Taman By Bayu Kenangan

Assalamualaikum bloggers.

Tempahan daripada Blog Bayu Kenangan. Thanks kak sebab sudi tempah. And she also liked her blog. Ada lagi 5tempahan. Harap sabar menunggu ye..

Tema: Blog dalam taman
Warna: Pink Hijau
Free banner (rm50 above)
Header: Doodle
Template : 2 column
Jenis : Personal

preview blog

free banner


Tinggalkan komen tentang design diatas? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Tempahan blog by Sayheart Tokyo

Assalamualaikum blogger.

Alhamdulillah siap juga sehari edit blog customer Blog Sayheart Tokyo ni. Terima kasih Ya Allah sebab harini tak banyak halangan untuk mengedit blog customer.

Tema : Simple & Nice
Warna : Merah & Putih
Template : 2 Column
Blog jenis : Business

Preview Blog

Tinggalkan komen tentang design diatas? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Tempahan Blog by MasamManisApple

Assalamualaikum bloggers.

Kalini tempahan daripada Blog MasamManisApple (urlblog). Sebenarnya dulu saya diberitahu untuk edit blog pertamanya Blog Hijau dan Pink, tetapi saya diarahkan untuk edit blog barunya. So, now the blog have changed.

Tema : Pink Polka Dot
Blog : Personal
Template : 2 column
Color : Pink

Preview Blog

Tinggalkan komen tentang design diatas? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Tempahan Blog Elegant by NoShop

Assalamualaikum bloggers.

Tempahan kali ni daripada Noshop_ @ Nadia Syairah. Tempahan dah lama ditempah cuma lambat siapkan atas sebab tertentu. Saya menyusun 10 jari kepada customer saya yang sedang menunggu. Harap sabar menunggu.

Template : 2 column
Tema : Elegant
Warna : Biru, Peach, Grey, Brown
Blog Jenis : Business
Free : Banner(for rm50 and above)
Add-on : Order form

Free Banner

Preview Blog

Tinggalkan komen tentang design diatas? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Tempahan Blog Ala-ala Buku Nota By Miss Fatyn

Assalamualaikum bloggers.

Ini adalah tempahan dari Miss Fatyn. Maaf kerana sekian lama menunggu tempahannya disiapkan. Saya tiada masa, sebab sibuk dengan kelas tambahan, aktiviti sekolah dan lain lain. Kepada customer lain harap sabar menunggu...

Tema : Blog Ala-ala Buku Nota
Warna : Pink and Blue
Free Banner(for design rm50 above)
Template : 2 column



Tinggalkan komen tentang design diatas? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Tempahan Template Nadia Here With Shawl

Assalamualaikum bloggers.

Tempahan dari Kak Nadia. Akak ni ada jual Serum tau. And lipstik. Memang berkesan serum yang dijual. Korang boleh lah tengok blog akak ni kalau nak tengok testimoni and kebaikan serum ni.

Template 2 column
Blog business
Free Banner for RM50 above
Warna : Pink n Turqoise
Link blog : http://miznadiaazahar.blogspot.com/


Tinggalkan komen tentang design diatas? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Tempahan Blog Assigment Bertemakan Kapal Terbang

Assalamualikum bloggers.

Hampir 3minggu tak update. Ranking blog pun jatuh. Sedih betul :( Ni semua sebab kesibukan tentang kerja rumah dan sekolah. Selalu penat dan takde masa nak bukak blog...Ni blog yang dapat disiapkan..Blog assigment bertemakan kapal terbang..

Tema : Kapal Terbang
Warna : Baby blue & Pink
Template : 2 column
Blog jenis : Assigment


Tinggalkan komen tentang design diatas? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Tempahan Blog Assigment Bertemakan Bangunan

Assalamualaikum bloggers.

Alhamdulillah harini dapat siapkan satu lagi blog untuk pelajar U/Kolej untuk assigmentnya. Blog assigment ni merupakan tempahan kedua yang aten terima. Sebelum hanya untuk header and logo sahaja. But kalini full template. Terima kasih kak Husna Nasir atas tempahan. Maaf juga sebab lambat siapkan. Semoga assigment dapat dilaksanakan dengan sempurna. Amin :)

Tema : Bangunan Bangunan
Blog Jenis : Blog Assigment
Warna : Maroon
Template : 2 column
Link : nurhusnamohamadnasir.blogspot.com


Tinggalkan komen tentang design diatas? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Tempahan Blog Vintage & Blog Floral

Assalamualaikum bloggers.

Sekian lama tak update portfolio. Harini baru dapat update. Terlalu banyak tempahan dari customer sampai tertangguh blog lain maafkan aten ye :( Aten busy jugak dengan spm and study tu lambat siap. Kadang2 aten janji siap pada tarikh tu tapi tak siap, aten mintak maaf :( Jadi hari aten update 2 sekali hasil kerja aten. Yang lain dalam process maaf ye // harap bersabar customer tersayang :')

Tema : Floral & Muslimah
Blog Jenis : Blogshop/Blog business
Warna Tema : Yellow & Green
Template : Dua column+Free Banner


Tema : Vintage
Blog Jenis : Blog Personal
Warna Tema : Peach
Template : Dua column+Free banner


Yang lain masih dalam process.. Harap sabar menunggu...
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

My Blog In Media - Berita Harian

Assalamualaikum bloggers.

Lama sungguh tak update blog. Maaf ye , busy sangat. Tempahan customer pun masih ada yang belum disiapkan. Insyaallah dalam minggu atau minggu depan siap.. Harap bersabar, ada lagi 6 orang customer..

Baru baru ni, ada seorang wartawan yang interview aten di fanpage blog aten. Terima kasih kepada Izzaty Akma yang bagi link blog aten pada beliau. Izzaty Akma pun pernah keluar Berita Harian :)

Siapa yang ada beli haritu, dapat lah baca pasal apa yang diinterview :) Hihihi suka sangat first time ni :) Sebenarnya, keluarnya dah lama tapi aten baru dapat tahu dari kawan aten. Memang tak sempat nak beli haritu dah malam.

Nasib baik akak wartawan ni baik hati, sudi post kan kerataan akhbar ni melalui citylink. Terima kasih kak :)
Korang pun boleh juga, tapi melalui karangkraf lah untuk keluar di majalah. Nak keluar dekat surat khabar tu nasib je hihihi, dah interview kan? Rezeki terima kasih Ya Allah :)

Share or Like, thank you.

Tempahan Header Suzana Kadir

Assalamualaikum bloggers.

Alhamdulillah, rezeki 2014. Busy busy spm pun, kerja yang diberi customer kena buat jugak. Terpaksa buat yang mana cepat and senang walaupun ada yang lebih awal bayar. Hmm terpaksa because too busy. Walaupun busy, aten tetap nak tolong mereka mereka yang kurang tahu hendak hias blog or header.

Thanks to Suzana Kadir sebab tempah dengan aten.
Tema : Polka dot & Stripe
Warna : Pink and turqoise
Width : 960px


 Jangan lupa tinggalkan komen untuk design ni :) 
3 customer tinggal lagi. Tunggu ye customer tersayang...

Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin

Share or Like, thank you.

Antara BAJU KETAT & BAJU LONGGAR. Pilihan anda?

Assalamualaikum bloggers.

Pada abad sekarang ni, pelbagai jenis fesyen yang telah dipromosikan diseluruh pelusuk dunia. Dan sudah tentunya setiap perempuan terutamanya minat pada fesyen-fesyen terkini. Tidak salah jika nak ikut fesyen sekarang, tapi biarlah berpada-pada dan jangan tersalah memilih fesyen.

Zaman sekarang ni, ramai remaja yang gemar memakai baju ketat seperti saiz "S" DAN "XS" terutamanya bagi mereka yang berbadan kurus kerempeng. Nampaknya remaja sudah salah menggunakan saiz itu. Tidak bermakna badan kita kurus kerempeng perlu memilih saiz yang lebih kecil dari saiz badan kita. Bagi mereka baju saiz kecil ni bila pakai rasa sejuk.

Bagi aten baju yang lagi besar lah lagi sejuk. Kalau nak pakai baju ketat, pakai dalam rumah sudah. Seriusly, bagi aten memang tak selesa kalau pakai baju ketat metat ni sebenarnya. Taktahulah kenapa mereka-mereka minat saiz baju yang lebih kecil atau ikut saiz badan.

Aten hanya berkongsi tentang pendapat aten sahaja. Walaupun aten masih lagi ada kekurangan pada diri. Tidak salah kan kalau kita berubah kearah yang lebih baik. Jadi, aten nak kongsi tentang kesalahan menutup aurat seperti dibawah. Alhamdulillah, aten berjaya berubah sedikit demi sedikit berbanding diri aten yang lepas lepas.

Share or Like, thank you.

SAYA BUAT KERJA HALAL BUKAN HARAM

Assalamualaikum bloggers.

Sekian lama tak update lebih 3minggu rasanya, harini baru dapat update. Maaflah busy sikit tahun ni sebab aten calon spm kan so kena banyakkan masa kepada study :) Setelah sekian lama tak update, aten hanya view blog guna tablet je. Ranking blog pun makin jatuh urmm sedihnya. Insyaallah akan aktif balik lepas ni.

Hmm bukan nak burukkan seseorang ni ke apa. Tapi, dia datang ke blog aten dan lemparkan kata-kata yang menyakitkan hati. 


Aten memang taktahu siapa sebenarnya gerangan manusia ni. Walaupun dia kata macam tu, takpe aten sabar saje. Memang dah pernah kena macam ni. Apa yang tak dipuas hatinya pun aten taktahu. Semoga Allah sahaja dapat membalasnya.

Alhamdulillah rezeki 2014 ni ramai yang membuat tempahan. Syukur....Blog customer pun dalam proses dan akan diupdate hasilnya tak lama lagi. Terima kasih kepada yang support dan yang sudi menempah dengan aten sebab hasil kerja aten dan bukan kerana harganya yang murah atau mahal...

Mungkin kata kata semangat daripada para bloggers, boleh menjadi pembakar semangat untuk aten terus meneruskan perkhidmatan blog ni sampai bila bila :') sebab tak sanggup lah bila manusia macam tu kata begitu kan. hmm .....

Share or Like, thank you.

Yeyyy, blog dah berubah rupa..

Assalamualaikum bloggers.

Nampak tak rupa baru blog ni? Haa ni sempena tahun baru dan azam baru. Aten teringin juga nak tukar rupa blog macam bloggers lain. Hihihi walaupun rupa ditukar warnanya tetap pink dan tak akan berubah. Ni sebab aten suka pink. So, warna lain tak pandang sangat....

Ni screenshot template lama aten. Ramai sangat bloggers yang komen tentang header tu and blog aten yang berat katanya...Bagi aten tak berat pun.. Sokaylah komen korang aten terima je.. hihi

But now, sekarang blog dah bertukar..Semuanya hasil tangan sendiri takada nak cilok kat bloggers mana2 pun. Makan berapa jam nak edit ni sebab takut hilang coding. Menangis pulak nanti kan? Tapi, alhamdulillah everything setle. Aten rasa blog sekarang tak berat dah kot? Apa komen korang tentang perubahan blog aten ni? 

Share or Like, thank you.

Walaupun hidup 100 tahun kalau tak solat apa gunanya?

Assalamualaikum bloggers.


Setiap manusia di atas muka bumi ini pasti sedang berusaha untuk memperbaiki amalan dan iman mereka di dunia. Kita hanyalah manusia biasa. Paras iman kita pasti kadang-kadang menurun kadang-kadang menaik seperti air pasang surut. Itu kerana sebab-sebab sibuk dan lain2.

Walaupun sebab-sebab seperti penat, sibuk dan lain-lain itu bukan penghalang kita untuk berhubung dengan Allah. Ingat, talian hayat kita bersama Allah ialah SOLAT. Semua orang islam pasti sudah tahu bahawa Solat itu wajib dilaksanakan. Ia juga merupakan tiang agama. Macam mana nak bina iman sedangkan tiangnya tidak dilakukan.

Oleh itu, mari kita bersama-sama berubah untuk kebaikan kita sendiri. Ingat dunia sudah tua dan goyah. Manusia sekarang lebih terjebak dengan hiburan dan dunia sehingga terlupa dengan hal akhirat dan perintah Allah. Berdoalah agar kita terhindar daripada perkara sebegitu.

Tiada gunanya walaupun kita diberi umur yang panjang tapi tidak melaksanakan segala perintahnya. 


Entry ini hanya sekadar pengkosian untuk semua umat islam. Bukan untuk memerli atau apa. Segala yang baik datang dariNya, dan yang buruk itu dari saya sendiri.

Share or Like, thank you.

Budak Sekolah Tersepit

Assalamualaikum bloggers.

Harini merupakan hari pertama persekolahan bagi pelajar-pelajar sekolah menengah, sekolah rendah dan juga tadika. Mesti seronok kan hari pertama diaorang dapat kawan baru? Dan mesti kelakar juga tengok telatah diaorang yang menangis sebab takut nak pergi sekolah. Hihihi itu sudah biasa kan? Alhamdulillah lah, adik aten yang 6tahun dah tak menangis pergi sekolah. Dah besar katanya.

Tapi kan...................hari pertama sekolah ni ramai betul yang tersepit kan? Alahai kesianya tengok budak budak kecil tu. Apa yang buat diaorang sampai nak sangat masukkan kepala celah kerusi tu agaknya.


Kesian betul tengok diaorang ni... Ada main game kot haha siapa kalah kena masukkan kepala kat situ. Ishhh lepasni nasihatkan adik adik and anak anak kecil supaya jangan buat macam tu lagi. Kan dah susahkan diri and cikgu..

Share or Like, thank you.