HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Salji Turun Di Mesir merupakan Tanda Kecil Kiamat?

Assalamualaikum bloggers.

Ramai yang menyebarkan di twitter dan di laman sosial lain bahawa Mesir dilimpahi dengan Salji. Pelik tak pelik tapi benar.


Memang benar Salji turun di Mesir. Memang mula mula tak percaya, tapi akhirnya aten mula percaya. Subhanaallah, ini semua kuasa Allah. Dan benda benda ni juga merupakan tanda-tanda kecil kiamat.

Pelik bukan, tempat yang panas tiba-tiba turunnya "Salji". Kita tak nak menduga ini semua sebab ini semua atas kehendaknya.

Hadis Abu Hurairah : "Tidak akan berlaku kiamat sehinggakan tanah Arab menjadi subur dan dialiri dengan sungai-sungai. Bila dah salji nanti ice akan cair. Bila cair berlakunya sungai, dan sungai itulah tanda kiamat SUBHANALLAH..."

Dunia dah tua dan goyah. Hari Kiamat makin dekat. Sama-samalah kita bertaubat dan tingkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah sebelum terlambat :') Masa tak menunggu kita untuk bertaubat. Mari kita berdoa sama-sama supaya allah ampunkan dosa kita..

"Ya Allah Ya tuhanku, kau ampunilah dosa-dosa kami sekian... Bukakanlah pintu hati kami dan hambamu yang tersesat jalan agar bertaubat sebelum terlambat. Amin :')"

26 comments:

  1. Amin~
    Tengok kbnyakan manusia zaman sekarang ni pun dah nmpak tanda kecil. Pompuan cam laki,laki cam pompuan. Maksiat berleluasa. Astagfirullah,moga kita dijauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...manusia sekarang makin leka :'( semoga pintu hati mereka terbuka untuk bertaubat dan semoga kita dijauhkan dari perkara sebegitu :) amin..

      Delete
  2. gaza juga turun salji . ingatkan diri sendiri supaya beramal sebanyak mungkin dan jgn buat perkara yg dilarang Allah . bukan kerana kiamat dah dekat tapi kerana kematian yg blh menjemput bila - bila masa saja ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga apa kamu kata... kiamat juga bila bila je berlaku juga sama macam kematian :)

      Delete
  3. Putry share jugak boleh ? Nanti putry credit akak .

    ReplyDelete
  4. Amin ya Rabbal Alamin.. Insha Allah..moga Allah ampuni dosa kita semua sebelum tiba masanya. :')

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah dan salam kenal... ya masanya hampir tiba...sudahkah kita bersedia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga.. tidak sepenuhnya bersedia.. kerana masih ada kekurangan pada diri..

      Delete
  6. ya allah..sedarkn lah kami.....amin

    ReplyDelete
  7. dah lama pon mesir tak turun salji. tiba-tiba cuaca jadi sangat sejuk dan salji turun ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu tu.. aten ada search internet.. memang selama ni salji pernah turun kat situ..

      Delete
  8. Tempat pelik turunnya salji tu pernah turun dek salji 100 tahun dulu... bererti 100 tahun dulu dah ada dah tanda-tanda kiamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak pertikai, tapi tu tanda kiamat dah dekat... dekat sangat kot...

      Delete
    2. memanglahh. aten percaya tu petanda kiamat. tapi, rasullulah tak kata ia petanda malah ia adalah rahmat.. sila baca lanjut disini

      #SALJI DI MESIR BUKAN PETANDA KIAMAT TETAPI RAHMAT
      http://duniaimpianfatin.blogspot.com/2013/12/salji-di-mesir-bukan-petanda-kiamat.html

      Delete
    3. betul tu tanda rahmat sebab mesir bukan terletak di garisan khatulistiwa

      Delete
  9. Mesti korg bayangkan Mesir ni panas sepanjang tahun kan. Silap tu. Mesir ni negara empat musim. Sekarang ni musim sejuk. Walaupun begitu memang rare la salji turun.

    Kiamat berlaku sesudah salji ni cair dan menjadi sungai? Masih terlalu awal lagi. Tapi yang paling hampir adalah kedatangan Imam Mahdi, keluarnya Dajjal dan penyebaran fitnahnya, dan turunnya Nabi Isa a.s. Belum kira lagi kejadian asap Dukhan di mana ada teori mengatakan satu hentaman besar akan berlaku di bumi mengakibatkan debu2 akibat hentaman tersebut tersebar ke seluruh bumi. Yg kafir akan kena sakit2 kulit dan muslim hanya mengalami batuk dan bersin sahaja. Dikhabarkan berlaku pada bulan Ramadhan di mana kita sedang berpuasa.

    Jgn lupa akan datang satu tahun di mana hujan tidak akan turun langsung sepanjang tahun itu. Diberitakan pada tahun petama 1/3 isi langit (hujan) akan ditahan, tahun kedua 2/3 isi langit ditahan. Dan tahun ketiga adalah tahun tanpa hujan.

    Baru tadi aku terbaca satu pendapat mengatakan dunia akan dilanda salji. Ini bersabitan dengan hadis yang mafhumnya jika telah datang panji2 hitam dari khurasan maka sambutlah walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Wallahualam. Yg ni aku tak bapa pasti lagi sebab tak habis kaji.

    Dikatakan setelah Nabi Isa a.s menang dalam pertarungan dengan Dajjal baginda akan memerintah dunia selama 40 tahun dan dunia dipenuhi keadilan seperti mana ketidak adilan memenuhi dunia ketika ini. Sesudah wafatnya baginda umat islam akan mulai sesat.

    Kemudian datanglah angin yg mengambil nyawa setiap orang yang beriman walaupun sedikit je imannya tetap diambil. Ini kerana seburuk2 manusia adalah mereka yang menyaksikan hari kiamat. Dan org2 yg beriman kepada Allah bukanlah seburuk2 manusia.

    Maka dengan takdir Allah akan berlakulah kiamat.

    Ingatlah pesanan ni. Dunia ni masih wujud kerana ada manusia yang masih mengingat Allah. Dunia masih wujud kerana umat Islam yang beriman kepada Allah Taala. Kerana sesudah tiadanya orang Islam barulah kiamat akan berlaku.

    Nampak macam kiamat jauh lagi kan. Tapi jangan lupa ajal maut tu tiada siapa yang tahu bila. Maka takutlah pada kiamat ni iaitu kiamat kecil. Beruntunglah mereka yang pergi dulu kerana tidak akan mengalami fitnah Dajjal, asap Dukhan, tahun tanpa hujan dan peperangan terakhir. Wallahualam. Akan tetapi sangat beruntung sekiranya masih hidup kerana berpeluang bertemu dengan Nabi Isa a.s dan Imam Mahdi dan merasai sendiri dunia yang dipenuhi dengan keadilan seperti mana ketidak adilan memenuhi bumi ketika ini.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  10. ..ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku Kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai"..sebenarnya perkataan 'Tanah Arab' lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika. Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda Kiamat. Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yamen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda Kiamat.. hati-hati dalam memberi maksud hadis..

    ReplyDelete
  11. Yang peliknya sungai nil dimesir dah ade sejak skian lame..tapi ape yg pelik salji turun kt mesir...dlm kajian hanya selepas 100tahun salji akan turun di mesiar..tp sungai nil yg sedia ada tu mcm mne pulak..lau nak kata kiamat dari 100thn lepas dah kiamat dah..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.