HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

LENGGING ADALAH TELANJANG

Assalamualaikum bloggers

Zaman sekarang ni pelbagai jenis pakaian dan fesyen terbaru diperkenalkan betul tak? Setiap masa ada je perubahan fesyen. Tapi, topik kali ni ialah mengenai "SELUAR LENGGING". Tahu apa tu?

sumber google

Topik ni patut diambil berat mahupun perempuan yang bertudung(menutup aurat) ataupun freehair. Pada pendapat aten, seluar lengging ni tak sesuai dipakai untuk keluar rumah. Sebab ia menampakkan bentuk kaki dan tempat yang tak sepatutnya. Kalau nak pakainya jugak, jadikan dia sebagai seluar dalam untuk pakaian seperti baju kurung atau jubah.

sumber google

Bagi yang bertudung(menutup aurat), berhentilah memakai seperti ini. Tidak manis dipandang. Boleh memburukkan imej wanita bertudung(menutup aurat). 
Jangan ingat seluar lengging sahaja adalah telanjang. Serupa sahaja mereka yang memakai seluar jeans atau apa jenis seluar yang memang cukup2 saiz diaorang.  Seperti gambar dibawah ini.

sumber google
Cerita pasal seluar je jangan ingat pulak baju boleh pakai ketat ye kaum hawa. Bagi yang bertudung(menutup aurat) jangan pakai pakaian sendat-mendat hingga menampakkan benda yang tak sepatutnya. Yang freehair juga tidak perlu pakai ketat2. Memang ramai yang kata saiz "S" itu bila pakai sejuk tapi hakikatnya panas. Saya sendiri berpengalaman. Biarlah berpakaian mengikut konsep islam. Jangan nak ikut sangat fesyen barat. Memanglah cantik, tapi akibat buruk kita yang tanggung.

#Sekadar share untuk pengetahuan&peringatan semua.

9 comments:

  1. ramai sgt yg jenis pakai legging + tudung. kdg2 diri sendiri malu yg tgk diaorg. huhu

    ReplyDelete
  2. errmm... fenomena pakai benda ni, geli mama tengok... tersepit je

    ReplyDelete
  3. Itulah masalahnya. Memang hakikatnya legging ni seluar untuk dipakai di dalam. Sudahlah jarang, ketat pula. Apa lah perasaan mereka pakai seluar dalam pergi berjalan2 ya? -.- Oh ya, pakai baju and seluar ketat tak selesa langsung (pengalaman pakai di rumah) cause melekap dekat badan and rasa payah nak gerak. Rasa macam kena balut... >.<

    ReplyDelete
  4. kak hana tak berani nak pakai sebab ayah abg adik lelaki akan tanggung dosa kak hana nanti dekat sana. :)

    ReplyDelete
  5. susah nak cakap , dah besar mesti tau mne yang bole mana yang x bole

    ReplyDelete
  6. hermmm..kedai semua jual outfit gini..sedih

    ReplyDelete
  7. humm fashion la ni..tutup tutup dah.. tapi sayang,umpama telanjang juga

    ReplyDelete
  8. Tangan pun biar jaga. Tutup sampai pergelangan, bukan boleh dedah2, jangan biar lengan baju terselak terutama kalau nak ambik gambar. Lagi la berdosa bila orang tengok gambar tu...

    Blog walking sini...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.