HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Gambaran Saiz Baju Nabi Adam a.s

Assalamualaikum bloggers.

Tadi tengah sibuk tengok twitter, ternampak satu tweet pasal baju Nabi Adam a.s. Oleh sebab tweet itu hanya gambar, aten search internet tentang baju Nabi Adam a.s. Bila search terbaca satu blog ni, itu cuma gambaran saiz baju Nabi Adam.


Sabda Rasullulah SAW:
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“
(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.

Gambaran tinggi Nabi Adam a.s berbanding manusia sekarang

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.



Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.
Replika ni dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.

Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.

Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).

Sumber : Blog Tok Wan

5 comments:

  1. Good sharing fatin..ada baca jugak pasal ni.wallahu’alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak...tengah duduk baca tweet terperasan benda ni..tu yang baca :)

      Delete
  2. thanks for sharing.. Tingginyalah..

    ReplyDelete
  3. Gerun bila berfikir tentang Kekuasaan ALLAH yang tiada tolok bandingnya.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.