HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Antara KPOP dengan NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum bloggers.

Entry pada kali ni berkenaan dengan kpop&artis bukan islam dengan nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.


Selama aten menjalani hidup sebagai seorang pelajar sekolah dan juga remaja, ramai aten perasan remaja-remaja kat sekolah yang sangat meminati kpop. Kalau boleh, semua nama artis kpop nak hafal. Semua majalah kpop nak beli. Kalau yang kat luar sekolah pulak, lelaki mesti nak rambut ala-ala kpop yang berambut panjang didepan. Serius aten tak suka tengok. Kalau berpakaian nak ala-ala kpop. Rambut nak ala-ala kpop. Kadang-kadang, ada juga yang siap warnakan rambut. Kalau korang perasan, dalam gambar tu ada jugak Justin Bieber and pemain bola sepak. Pemain bola sepak tu tak pelah kan. Biasalah budak-budak semua nama pemain bola sepak kenal. Kalau siapa yang minat Justin Bieber tu, digerlar beliber kan tak silap? Aten pun tak tahu sangat.. "Tapi bagi aten, mengenali mereka ni semua sampai beli majalah2, gunting2 gambar tampal kat dinding ni semua benda2 yang tak berfaedah."

Kpop, Tarian Gentlemen, Oppa Gangnam style sekarang menjadi satu kegemaran budak-budak remaja sekarang. Tapi pernah tak terfikir benda-benda tu semua tak membantu kita untuk kebaikan pun. Faham faham jelah. Kalau tengok gambar atas pun dah faham kan? Tak usah nak diulas panjang-panjang. 

Sekian..

12 comments:

  1. Setuju dgn entry ni , saya minat kpop jgk tapi x lah fanatik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee tak salah nak minat tapi jangan sampai taksub org kata.. :)

      Delete
  2. Peminat Kpop mesti terasa dengan entri ni. Hee~ Dulu, saya peminat kpop jugak tapi sekarang tak dah sebab saya rasa buang masa. Nice entri! (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..baru je ada sorang peminat kpop marah2 haha...tak boleh terima kenyataan lah agaknya.. hee thanks :)

      Delete
  3. Setuju sangat dengan kak fatin. Artis2 disanjung2 disayang2, orang kutuk sikit mula maki gila2 tapi kalau orang kutuk agama, kutuk nabi tak sehebat defend artis... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear...kita tak boleh nak cakap apa.. artis kot tlg diorang nanti.. haiihh :'(

      Delete
  4. kak hana pown minat k pop jugak tp tak la fanatik sampai tiru gaya. kalau ikut sunnah nabi lagi bagus kan? :")

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokay kak kalau nak minat tu... heee entry ni untuk yang taksub sgt dgn kpop smpai terikut2 gaya apa semua.. yess lagi bagus :')

      Delete
  5. Ada ku kesah beb ?? Sukati orang laaa !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, sy tak halang kau nak minat kpop. minat kau and kubur kau sendiri. sy cuba share info yang sy tahu. tu lah manusia zaman sekarang. diberi makllumat macam ni, taknak terima. allah kurniakan akal, dan kau gunakan akal mana yang membantu kau didalam kubur dan akhirat kelak nanti. sekian. :)

      Delete
  6. HAHA trully lah :)) sebab saya pun minat kpop , dalam kawan-kawan saya pun hampir semua minat kpop , tp kami jadikan minat kami terhadap kpop sebagai satu pencetus semangat nak belajar , yalah , impian semua budak kpop nak pergi korea selatan , kami pun study smartlah mana tau result bagus , dpt peluang nak study dekat sana , untung2 free je pegi under duit biasiswa .btw setuju , meluat tgk orang habiskan duit nak beli buku2 kpop , kpop stuff , bukan seringgit dua ringgit , ada yg mencecah ratusan . dahla yang minat kpop rata-rata masih student , under tanggungan mak bapak , mngkin duit tu diorang kumpul sendiri tapi kan macam tak elok pulak kalau dibazirkan duit tu untuk benda2 macam tu . okaylah diorang nak kata sendiri punya duit , sendiri punya nak belilah kan ? tapi kita cuma menegur , janganlah melenting . saya sendiri pun kpoppers jugak , tpi janganlah terlampau taksub sampai orang tegur demi kebaikan nak lempar tepi pijak2 nasihat tu . otw nak rosak iman lah tu :'(

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.