HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Adakah slot akasia jam 7-8 malam melalaikan umat islam?

Assalamualaikum bloggers.

Siapa yang rajin online laman sosial seperti facebook & twitter mesti korang akan perasan status sebegini :

FAKTA : PLAYBOY ITU SUAMI AKU/MR ARROGANT(apa2 sahaja cerita slot akasia jam 7-8) MEMBUATKAN ORANG ISLAM LALAI UNTUK SOLAT

Mesti korang ada perasan kan? Dan status tu sering diupdate setiap hari ISNIN-KHAMIS JAM 7 sampai lah pukul berapa pun. Disini, aten takdelah nak cakap aten ni bajet alim ke apa ke....Pada pendapat aten, kita tak boleh nak salahkan 100% pada cerita itu. Itu dah memang rancangan. Rancangan dah diaturkan. Kerja pihak media kan?



Sebagai makluk Allah yang dikurniakan akal dan fikiran, kita patut fikir yang mana patut didahulukan dan dikemudiankan.. Status yang korang selalu nampak tu, nampak macam betul, tapi jangan pandai-pandai buat fakta sendiri kalau tak selidik lagi mendalam.

Pada pendapat aten juga, sebenarnya "kelalaian" tu bergantung kepada iman dan diri sendiri. Kita fikir mana yang menolong kita di akhirat. Bukan yang menyusahkan kita di akhirat. Tu je. Kalau iman kuat, tak mudah makan hasutan syaitan. Kadang-kadang syaitan ni suka juga buat kita lalai walaupun niat dihati "aku nak solat dululah" tapi syaitan kata "alaaa nantilahh"

lukis sendiri je ni..hahaha buruklahhh...

*Maaf bukan nak belagak alim ke apa. Aten sendiri pernah lalai. Sampai satu hari ayah tegur dan marah. Lepastu, aten buat macam tu lagi. Sejak dari tu lah aten dapat beri pendapat sendiri.. Maaf jika ada yang tak suka :)

14 comments:

  1. stuju dgn statement nieyh ,,memang melalaikan umt islam,,drama tue start pkul 7,,hbis pulak pkul 8 ,,kn dh lmbt solat mghrib

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi bukan aten nak kata cerita ni 100% melalaikan umat islam.. diri kita sendiri juga salah kerana mendahulukan duniawi daripada akhirat.. :) sepatutnya solat didahulukan..cerita tu lps solat blh tgk ..

      Delete
  2. Syaitan ni telah berjanji kepada Allah bahawa dia akan menyesatkan anak2 Adam...

    ReplyDelete
  3. Betul2 :) haha, comel je akak lukis tuh ;)

    ReplyDelete
  4. manusia sengala melalaikan solat
    org suka beri alasan ni x tenang hidup die

    ReplyDelete
  5. yeah setuju.hujung2 maghrib la baru cari sejadah.abis maghrib terus masuk isyak.perghh sadis!!

    ReplyDelete
  6. abaikan tgk pada waktu ni..kan boleh tgk kat tonton..so maghrib tak terganggu kan :)

    ReplyDelete
  7. hmm.. dalam seminggu dari isnin smpi jumaat kan. licha bleh kata xtgk tv langsung. i dont know. but memang tak tengok TV. hahahahah.. :) still boleh up to date apa.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.