✿✿✿ PORTFOLIO || HIRE ME || TUTORIALS || FREEBIES || ABOUT ME || BLOG
Blog Duniaimpianfatin: 2013

LENGGING ADALAH TELANJANG

Assalamualaikum bloggers

Zaman sekarang ni pelbagai jenis pakaian dan fesyen terbaru diperkenalkan betul tak? Setiap masa ada je perubahan fesyen. Tapi, topik kali ni ialah mengenai "SELUAR LENGGING". Tahu apa tu?

sumber google

Topik ni patut diambil berat mahupun perempuan yang bertudung(menutup aurat) ataupun freehair. Pada pendapat aten, seluar lengging ni tak sesuai dipakai untuk keluar rumah. Sebab ia menampakkan bentuk kaki dan tempat yang tak sepatutnya. Kalau nak pakainya jugak, jadikan dia sebagai seluar dalam untuk pakaian seperti baju kurung atau jubah.

sumber google

Bagi yang bertudung(menutup aurat), berhentilah memakai seperti ini. Tidak manis dipandang. Boleh memburukkan imej wanita bertudung(menutup aurat). 
Jangan ingat seluar lengging sahaja adalah telanjang. Serupa sahaja mereka yang memakai seluar jeans atau apa jenis seluar yang memang cukup2 saiz diaorang.  Seperti gambar dibawah ini.

sumber google
Cerita pasal seluar je jangan ingat pulak baju boleh pakai ketat ye kaum hawa. Bagi yang bertudung(menutup aurat) jangan pakai pakaian sendat-mendat hingga menampakkan benda yang tak sepatutnya. Yang freehair juga tidak perlu pakai ketat2. Memang ramai yang kata saiz "S" itu bila pakai sejuk tapi hakikatnya panas. Saya sendiri berpengalaman. Biarlah berpakaian mengikut konsep islam. Jangan nak ikut sangat fesyen barat. Memanglah cantik, tapi akibat buruk kita yang tanggung.

#Sekadar share untuk pengetahuan&peringatan semua.
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Disembelih Hanya Kerana Bayi ini bernama Aisyah Binti Abu Bakar

Assalamualaikum bloggers.

Tadi tengah sibuk layan timeline twitter, terpandang satu tweet yang menyayat hati. Ya Allah, sedih sangat bila tengok. Hanya kerana dirinya bernama Aisyah Binti Abu Bakar, bayi itu telah disembelih oleh puak syiah.


Bayi ini telah diculik dan disembelih di depan khalayak ramai hanya kerana namanya AisyahBinti Abu Bakar. Ya Allah, kejam sungguh. :'( Aten sendiri rasa nak menangis tengok gambar ni. Pak sedara aten kata gambar yang kena sembelih itu mungkin patung. Hmm Ya Allah taktahu lah. Kalau betul, Syurgalah tempat bayi ini. Hm, semoga Allah membalas berkali ganda keatas mereka yang kejam itu.
KEEP READING

Share or Like, thank you.

10 SEKSAAN WANITA DISEKSA DI NERAKA

Assalamualaikum bloggers.

Sedang sibuk layari internet, tiba tiba idea nak update blog datang. Harini aten nak kongsi tentang agama sikit. Tadi, rajin search tentang 10 seksaan wanita diseksa di neraka. Ya Allah, bila aten dah baca tu, rasa takut sangat. Rasanya tak salah kongsi tentang benda benda macam ni. Semoga ia menjadi info yang baik untuk anda semua.


1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda "seseorang wanita yang menyakiti suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Seseorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT dan para malaikat melaknatinya."

Dari Usman r.a. berkata "seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.

4. Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.

6. Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7. Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jenking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub.

8. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti kaldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada dibumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, maka sesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"

Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya dan para malaikat memukul kepalanya dengan palu mereka dari neraka.
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Jangan Pakai Gaun Yang Terlalu Panjang Semasa Kahwin. Mengapa?

Assalamualaikum bloggers.

Today, aten nak share lagi satu info yang aten terjumpa di laman sosial twitter. Hihihi, sedang sibuk2 tengok newfeed, tak salah kalau kita share benda yang elok untuk pengetahuan semua orang kan?

sumber twitter

Sabda Rasullulah SAW : 
Siapa memakai pakaian yang berjela-jela(terlalu panjang), maka Allah Ta'ala tidak akan memandangnya kelak di akhirat. 

Aten kongsi benda ni untuk semua orang supaya semua orang tahu dan tidak lagi memilih gaun panjang menjela seperti gambar diatas. Baju pengantin memang hak masing2 nak pilih macam mana pun. Tapi, kalau dah tahu pasal ni, tak perlu kot pilih baju pengantin macam tu :) Cukuplah yang simple dan cantik je dipandang. Karang pakai panjang menjela terpijak alaaa malu je hihihi......
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Nama-nama yang dilarang oleh islam & yang disukai oleh Jin

Assalamualaikum bloggers.


Harini nak kongsi tentang nama nama yang dilarang oleh islam & yang sukai oleh jin.. Mungkin ramai golongan yang lebih tua sudah tahu. Takpelah, aten cuma nak share sebagai pengetahuan. Buat golongan remaja yang bakal melalui kehidupan berkeluarga pada masa akan datang patut tahu benda benda ni. Hihihhi walaupun terlalu awal.


A
Abiqah          Hamba yang lari dari tuannya
Abkam          Tidak celik, buta
Afinah          Yang bodoh
Amah            Hamba suruhan perempuan
Asiah            Wanita yang derhaka
Asyar            Paling jahat
Asyirah         Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie            Aku berzina

Baghiah          Yang zalim, jahat
Bahimah         Binatang
Bakiah            Yang menangis, merengek
Balidah           Yang bodoh, bebal
Baqarah           Lembu Betina
Batilah            Yang batil, tidak benar

Dabbah            Binatang
Dahisyah         Goncang, stress
Dahriyah         Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah          Yang mengalir air matanya
Daniyah           Yang lemah dan hina
Darakah           Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah             Kecelakaan
Fajirah             Yang jahat, yang berdosa
Fasidah            Yang rosak, yang binasa
Fasiqah            Yang jahat, si fasik
Fasyilah           Gagal, kalah
G
Ghafilah          Yang lalai, yang leka
Ghaibah           Hilang
Ghailah            Kecelakaan, bencana
Ghamitah         Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah          Perampas, perompak
Ghawiah          Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah           Yang dengki
Hasidah            Yang hasad
Hazinah            Yang sedih
Huzn                 Kesedihan
J
Jafiah               Yang tidak suka berkawan
Jariah               Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah            Yang kafir, yang ingkar
Kaibah             Yang sedih
Kamidah          Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah            Pendusta, pembohong
Khabithah        Yang jahat, yang keji
Khali’ah           Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah          Arak
Khasirah           Yang rugi
Khati’ah           Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah             Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab                Bara api
Lahifah             Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah            Yang tercela
Lainah               Yang terkutuk
M
Majinah             Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah            Agama menyembah api atau matahari
Maridah             Yang menderhaka
Munafikah         Yang munafik
Musibah             Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah               Yang najis dan kotor
Nariah                Api
Nasyizah            Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah              Yang buruk, hodoh
Qasitah               Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah                Pembunuh
Qazurah              Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah              Yang direjam, yang dilaknat
Razani                 Kepala zakar lelaki
Razi’ah                Kecelakaan, musibah
Razilah                Yang keji dan hina
S
Safih Insan           Manusia bodoh
Safilah                  Yang rendah dan hina
Sahiah                  Yang pelupa
Sharrul / Sharru    Jahat
Sakirah                 Pemabuk
Sakitah                 Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah               Yang bodoh
Syani’ah               Yang buruk
Syaqiyah              Yang menderita
Syaridah               Yang diusir
Syariqah               Pencuri
Syarisah                Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah  Sejahat-jahat manusia
Syatimah               Maki hamun
T
Tafihah                 Karut
Talifah                  Yang rosak, yang binasa
Talihah                 Yang tidak baik
Tarbiyah               Yang papa kedana
Tarikah                 Anak dara tua

Wahiah                 Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah              Yang lemah
Wahinah               Penakut
Wailah                  Bencana, keburukan
Wajilah                 Penakut
Waqi’ah                Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah               Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah              Yang kotor
Wasyiah                Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty             Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi       Bersetubuh

Yabisah                 Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah                   Yang berputus asa
Z
Zalijah                   Kebinasaan
Zalilah                   Yang hina
Zalimah                 Yang zalim
Zaniyah                 Penzina, pelacur
Zufafah                 Racun pembunuh


Kalau siapa yang memiliki buku nama nama islam tu pun, boleh tengok juga. Sebab semua buku tentang nama nama islam ada jugak tersenarai nama nama yang tak boleh diberi kepada bayi...Tapi, ada juga antara nama nama yang boleh diberi kepada anak tetapi disukai oleh jin? 


Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;
1. Balqis – ketua jin
2. Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
5. Haikal/Haiqal – tengkorak
6. Badrisha/Badlisha/Herisha .

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

Kalau siapa yang dah menamakan anak mereka dengan nama nama diatas sebagai contoh "Nurul Najwa" , tak usah tukarkan namanya di Jabatan Pendaftaran. Panggil saja namanya "Nurul" tidak perlu sebut yang kedua. 

Ceramah Nama Nama Bermasalah 
KEEP READING

Share or Like, thank you.

15 DOSA DI KEPALA WANITA

Assalamualaikum bloggers.

Aten pasti ramai sudah mengetahui tentang benda ni. Tapi, tak semua yang ambil peduli tentang dosa lain di kepala wanita. Di kepala wanita ada rambut, telinga, gigi, mulut, lidah dan lain-lain lagi. So harini, aten nak kongsi tentang 15 dosa di kepala wanita.


1. Tidak berhijab (menutup aurat)
2. Menyambun rambut/memakai konde
3. Mewarnai/menyemir armbut dengan warna hitam
4. Mencabut uban
5. Memakai bulu mata palsu
6. Bertabarruj (bersolek di hadapan umum atau yang bukan mahram)
7. Merenggangkan/mengikir gigi
8. Membuat tatto
9. Memakai jilbab gaul/tidak memenuhi syarat hijab
10. Memakai rambut palsu/wig
11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir
12. Mencukur/mencabut bulu alis
13. Memakai lensa kontak berwarna untuk bertabarruj
14. Operasi plastik untuk kecantikan
15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan/bertabarruj

Bila tahu dosa yang ke 15 tu rasanya tak jadi nak pakai braces. Sebab yelahkan ramai yang pakai braces untuk kecantikkan. Serius aten mengaku gigi aten memang tak cantik. Ramai yang suruh buat braces. But, aten fikir juga pasal duit dan sakit nak buat braces. So, takpelah dah ciptaan Allah. Syukur lah kan daripada takada gigi :)
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Antara KPOP dengan NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum bloggers.

Entry pada kali ni berkenaan dengan kpop&artis bukan islam dengan nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.


Selama aten menjalani hidup sebagai seorang pelajar sekolah dan juga remaja, ramai aten perasan remaja-remaja kat sekolah yang sangat meminati kpop. Kalau boleh, semua nama artis kpop nak hafal. Semua majalah kpop nak beli. Kalau yang kat luar sekolah pulak, lelaki mesti nak rambut ala-ala kpop yang berambut panjang didepan. Serius aten tak suka tengok. Kalau berpakaian nak ala-ala kpop. Rambut nak ala-ala kpop. Kadang-kadang, ada juga yang siap warnakan rambut. Kalau korang perasan, dalam gambar tu ada jugak Justin Bieber and pemain bola sepak. Pemain bola sepak tu tak pelah kan. Biasalah budak-budak semua nama pemain bola sepak kenal. Kalau siapa yang minat Justin Bieber tu, digerlar beliber kan tak silap? Aten pun tak tahu sangat.. "Tapi bagi aten, mengenali mereka ni semua sampai beli majalah2, gunting2 gambar tampal kat dinding ni semua benda2 yang tak berfaedah."

Kpop, Tarian Gentlemen, Oppa Gangnam style sekarang menjadi satu kegemaran budak-budak remaja sekarang. Tapi pernah tak terfikir benda-benda tu semua tak membantu kita untuk kebaikan pun. Faham faham jelah. Kalau tengok gambar atas pun dah faham kan? Tak usah nak diulas panjang-panjang. 

Sekian..
KEEP READING

Share or Like, thank you.

5 Cara Awal Bagi Wanita Yang Baru Nak Belajar Tutup&Jaga Aurat

Assalamualaikum bloggers.


Sebelum membeli tudung, sila pastikan tudung yang anda beli menepati konsep diatas. Sebab sekarang macam2 jenis tudung. Tapi tak semuanya menutup auratmu sayang....

Ramai yang mengutuk orang yang tak menutup aurat ni kan? Tak semua orang yang tak menutup aurat tu taknak menutup aurrat. Kadang-kadang mereka selalu berfikir tentang tanggapan atau respon daripada org ramai sama ada menyokongnya atau sebaliknya. Tapi ingat jangan bila dah tua  atau dah berkhawin baru sibuk nak belajar tutup aurat. Tak kesian kepada bapa anda yang selama ni menanggung dosa tak tutup aurat anda? Kasihanilah bapa anda sebelum anda berumah tangga. Lepas berumah tangga, dosa anda suami pula yang tanggung.






Masih belum terlambat untuk menutup aurat. Nampak lagi cantik bila menutup aurat. Walaupun tidak cantik dimata manusia, tetapi cantik dimata Allah. Aurat tertutup, Maruah terjaga. Jangan lupa share untuk peringatan semua kaum hawa :D
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Tempahan Blog Tema Hello Kitty

Assalamualaikum bloggers.

Thanks kepada Sha Nadia sebab sudi tempah. Alhamdulillah rezeki cuti sekolah ni. Sha Nadia juga suka dengan hasil kerja aten. Alhamdulillah.

Tema ; Hello kitty
Warna ; Merah, Pink, Hijau, Kuning
Url blog : http://shabelog.blogspot.com/


Tinggalkan komen tentang design ni? :)
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Penyalahgunaan Photoshop, Photoscape & lain2

Assalamualaikum bloggers.

Sekarang macam macam perubahan berlaku. Dan semakin banyak juga benda canggih yang dilakukan dan dikeluarkan. Apa yang aten nak cakap pasal tajuk entry harini ialah tentang penyalahgunaan Photoshop, Photoscape & lain2. Contoh lain seperti, Gimp 2 dan photo editor online yang ada kat internet. Tapi paling popular rasanya orang guna Photoshop & Photoscape.

Zaman sekarang, ramai dah remaja-remaja mahu pun yang lebih berumur tahu akan kegunaan Photoshop & Photoscape. Ada yang menggunakannya untuk mencari rezeki dan ada juga yang menggunakannya untuk menjatuhkan maruah org atau dalam erti kata lain memalukan orang lain dalam laman sosial. Dari penyalahgunaan photoshop, photoscape dan lain2, ia juga boleh buat orang lain salah sangka and komen yang bukan2 tentang gambar tersebut.

Sebagai contoh gambar2 kat bawah ni aten ambil gambar2 dari laman sosial FACEBOOK..

Semua orang kenal siapa dalam gambar tu kan? Datin Seri Rosmah. Ada orang yang tak bertanggungjawab menggunakan photo editing dan edit perkataan sampai macam tu sekali. Padahal ia sama sekali tak benar.

Dan ayat dalam gambar tu pula "Saya bersumpah bahawa dari pemimpin sampai ke macai umno memang bangang"? Apa motif org yang edit tu buat macam tu? Kalau ye pun awak ahli pembangkang, tak perlu buat macam tu

Gambar yang kedua dari page KHK. Everyone knows this page. Aten memang tak setuju dengan page ni. Page ni seumpama memburukkan orang, membuka aib orang dan juga menjatuhkan maruah orang.

Kalau korang perasan, gambar macam ni pun ada diedit kepada gambar Bobo, Syasya dan Puteri Awani. Aten ada perasan kat facebook haritu tapi kat facebook siapa tu aten tak ingat.

This. Gambar Dato Seri Najib diedit seperti ini. Ya Allah, memang tak bertanggungjawab betul orang buat macam ni. He is our Prime Minister. And he is also a Muslim. Kalau ye pun tak suka dengan beliau, tak perlu buat macam ni. Ingat bukan senang nak jadi pemimpin. Kalau kita jadi pemimpin pun, tak semestinya orang suka. Kita beruntung sebab dapat Pemimpin seperti Dato Seri Najib dan juga pemimpin sebelum2 ni.

Dato Seri Najib dan juga orang2 yang berpangkat dan lain2 yang pernah terima benda yang sama seperti Dato Seri Najib dan isteri memang tak endah sama sekali benda2 macam ni. Lebih baik berdiam diri sahaja. Lama kelamaan senyap jugak.

Aten buat entry ni untuk memberitahu apa penyalahgunaan photoshop dan photo editing lain. Pada yang menggunakan dengan caara yang betul, baguslah. Pada yang salah guna tu, berhentilah. Sekian....

*Maaf kepada yang tak suka apa yang aten ceritakan harini..
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Adakah slot akasia jam 7-8 malam melalaikan umat islam?

Assalamualaikum bloggers.

Siapa yang rajin online laman sosial seperti facebook & twitter mesti korang akan perasan status sebegini :

FAKTA : PLAYBOY ITU SUAMI AKU/MR ARROGANT(apa2 sahaja cerita slot akasia jam 7-8) MEMBUATKAN ORANG ISLAM LALAI UNTUK SOLAT

Mesti korang ada perasan kan? Dan status tu sering diupdate setiap hari ISNIN-KHAMIS JAM 7 sampai lah pukul berapa pun. Disini, aten takdelah nak cakap aten ni bajet alim ke apa ke....Pada pendapat aten, kita tak boleh nak salahkan 100% pada cerita itu. Itu dah memang rancangan. Rancangan dah diaturkan. Kerja pihak media kan?



Sebagai makluk Allah yang dikurniakan akal dan fikiran, kita patut fikir yang mana patut didahulukan dan dikemudiankan.. Status yang korang selalu nampak tu, nampak macam betul, tapi jangan pandai-pandai buat fakta sendiri kalau tak selidik lagi mendalam.

Pada pendapat aten juga, sebenarnya "kelalaian" tu bergantung kepada iman dan diri sendiri. Kita fikir mana yang menolong kita di akhirat. Bukan yang menyusahkan kita di akhirat. Tu je. Kalau iman kuat, tak mudah makan hasutan syaitan. Kadang-kadang syaitan ni suka juga buat kita lalai walaupun niat dihati "aku nak solat dululah" tapi syaitan kata "alaaa nantilahh"

lukis sendiri je ni..hahaha buruklahhh...

*Maaf bukan nak belagak alim ke apa. Aten sendiri pernah lalai. Sampai satu hari ayah tegur dan marah. Lepastu, aten buat macam tu lagi. Sejak dari tu lah aten dapat beri pendapat sendiri.. Maaf jika ada yang tak suka :)
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Gambaran Saiz Baju Nabi Adam a.s

Assalamualaikum bloggers.

Tadi tengah sibuk tengok twitter, ternampak satu tweet pasal baju Nabi Adam a.s. Oleh sebab tweet itu hanya gambar, aten search internet tentang baju Nabi Adam a.s. Bila search terbaca satu blog ni, itu cuma gambaran saiz baju Nabi Adam.


Sabda Rasullulah SAW:
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“
(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.

Gambaran tinggi Nabi Adam a.s berbanding manusia sekarang

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.



Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.
Replika ni dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.

Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.

Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).

Sumber : Blog Tok Wan
KEEP READING

Share or Like, thank you.

FOLLOWERS BLOG HILANG? TAK ADA? KENAPA?

Assalamualaikum bloggers.

SUMBER GOOGLE


Korang semua perasan tak yang followers blog takde? Cuba cek? Takde keluarkan. Kenapa eh tahu tak? Aten dah search kat internet tadi... Sebenarnya benda ni dah pernah jadi dulu. Yeke? Macam tak percaya je. Ada satu blog aten baca, katanya followers blog ni asalnya kepunyaan GOOGLE FRIEND CONNECT, dan benda tu ditukarkan kepada GOOGLE+ FOLLOWERS. Eh aten pun tak fahamlah.

 Korang boleh search benda ni, dan bacalah. Aten dah pening nak baca sebab internet slow malas gila nak tunggu. Bila dah baca, tinggalkan komen kat entry ni sebab apa followers blog hilang :'( Please please please..

So sekarang aten suggest korang guna dulu button follow ala tumblr macam blog aten tu. Korang boleh cari tutorialnya di internet... But, ada satu keburukan jugaklah guna button follow ala ala tumblr ni. Org yang dah follow 300 bloggers, dah tak boleh nak follow kita. Cuma FOLLOWERS BLOG WIDGET kita yang hilang tu je dapat dia follow even dia dah follow 300 bloggers.

Mohon search apa yang aten suruh tu dan kongsikan dengan aten ye.. terima kasih :)
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Masjid&Surau VS Bar&Kelab

Assalamualaikum bloggers.

Harini aten nak kongsikan sikit tentang keagamaan sikit...Apa pendapat anda tentang gambar dibawah?


Kadang-kadang kalau kita tengok Masjid & Surau hanya penuh ketika Solat Jumaat, dan Solat Hari Raya.. Tetapi Bar & Kelab sentiasa dipenuhi tak kira masa. Aten tak berani nak komen apa-apa, sebab aten sendiri masih tak sempurna..
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Salji Di Mesir bukan Petanda Kiamat tetapi Rahmat

Assalamualaikum bloggers.

Berbalik pada entry semalam duniaimpianfatin.blogspot.com/2013/12/salji-turun-di-mesir-merupakan-tanda.html , ramai yang kata Salji Di Mesir merupakan tanda kecil kiamat. Sekarang kita dah jumpa jawapan yang betul.


Ramai yang bertanya adakah petanda kiamat apabila Mesir dilanda Salji? 
Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Tidak.. Rasullulah tidak pernah cakap. Ianya satu RAHMAT.

Bila dengar lega kan rasanya? Tapi, walaupun ia bukannya petanda kiamat, jangan pulak kita leka dan heboh dengan hal dunia. KIAMAT & KEMATIAN datang bila bila masa. Kita hendak sentiasa bersedia dengan KIAMAT & KEMATIAN.

Walaupun ini bukannya petanda kiamat, tetapi petanda kiamat yang lain masih banyak. Dan dah pun berlaku petanda kiamat itu.. Cuma ia hanyalah petanda kecil sahaja. Tapi, apa yang aten dah baca kat internet dan buku buku pasal akhirat semua ni, tanda tanda kecil kiamat dah lengkap.... Hmmmm takut rasanya bila dengar macam tu kan?

Oleh itu, janganlah kita leka dengan hal dunia sahaja. Kerana allah tidak menyoalkan hal dunia kita malahan dia hanya menanya apa yang kita lakukan semasa didunia. Sama-samalah kita berdoa agar kita diberi kesempatan untuk bertaubat kepadaNya :')

*Hanya sekadar perkongsian sesama kita...maaf jika ada tersalah information..
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Salji Turun Di Mesir merupakan Tanda Kecil Kiamat?

Assalamualaikum bloggers.

Ramai yang menyebarkan di twitter dan di laman sosial lain bahawa Mesir dilimpahi dengan Salji. Pelik tak pelik tapi benar.


Memang benar Salji turun di Mesir. Memang mula mula tak percaya, tapi akhirnya aten mula percaya. Subhanaallah, ini semua kuasa Allah. Dan benda benda ni juga merupakan tanda-tanda kecil kiamat.

Pelik bukan, tempat yang panas tiba-tiba turunnya "Salji". Kita tak nak menduga ini semua sebab ini semua atas kehendaknya.

Hadis Abu Hurairah : "Tidak akan berlaku kiamat sehinggakan tanah Arab menjadi subur dan dialiri dengan sungai-sungai. Bila dah salji nanti ice akan cair. Bila cair berlakunya sungai, dan sungai itulah tanda kiamat SUBHANALLAH..."

Dunia dah tua dan goyah. Hari Kiamat makin dekat. Sama-samalah kita bertaubat dan tingkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah sebelum terlambat :') Masa tak menunggu kita untuk bertaubat. Mari kita berdoa sama-sama supaya allah ampunkan dosa kita..

"Ya Allah Ya tuhanku, kau ampunilah dosa-dosa kami sekian... Bukakanlah pintu hati kami dan hambamu yang tersesat jalan agar bertaubat sebelum terlambat. Amin :')"
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Perubahan Kulit Selepas Menggunakan Armeera Beauty

Assalamualaikum bloggers.

Nak kongsi cerita dengan korang semua. Dulu muka aten teruk tau. Ada parut sana sini. Kulit gelap dan kusam. Parut berlaku sejak berusia akhir 14 tahun. Tangan gatal pergi picit jerawat sana sini. And last, jadi parut dekat hidung, pipi dan dahi. Serius hodoh muka aten. Bila makin teruk, naik form3 asyik tutup dengan kain sahaja pergi sekolah. Sampailah ke form4.

belah kiri tu masa form1 dan belah kanan masa form4.. masa form1 kulit gelap macam anak orang india dah. padahal ibu cerah gila. now, semakin cerah alhamdulillah. berkat doa dan sabar akhirnya allah izinkan aten perolehi kulit cerah...
p/s : warna hijau kat muka tu bedak resdung ye...aten ada resdung so bedak resdung tu kena sapu kat jerawat resdung tu :)
p/s : tiada menggunakan camera effect
belah kiri tu masa form3 dan belah kanan masa form4.. kalau korang zoom gambar belah kiri korang boleh nak parut2 hitam di pipi, dahi dan hidung..alhamdulillah jugak sebab dah semakin hilang dan pudar...
p/s : warna hijau kat muka tu bedak resdung ye...aten ada resdung so bedak resdung tu kena sapu kat jerawat resdung tu :)
p/s : tiada menggunakan camera effect

Alhamdulillah..awal form4 aten dah jumpa jalan penyelesaian bila tengok muka kawan aten dah cun melecun bila pakai produk tu. Serius tak tipu okay.

Sebut "Armeera Beauty" ada ke yang kenal? Takde kan? Sebab produk ni belum dikomersialkan lagi. 2014 akan dikomersialkan sebab segala-galanya dah lulus. Alhamdulillah buat Aunty Salina. Tahun 2014 akan ditukar nama kepada "Pesona Anggun" atau nama produknya "Amyshafy Skincare". Aunty Salina ada tempat facial muka dan juga pelbagai jenis produk seperti Serum, Resdung, dan macam2. Pergi kedai dia semua ada :)

bukti aten pergi facial dan menggunakan produknya.. korang boleh zoom muka Aunty Salina tu betapa bersih dan licinnya tau jeles okayyy :'( 

Sesiapa yang berminat nak cuba, boleh tanya aten tentangnya. Everything aten akan sampaikan kepada owner iaitu Aunty Salina. because blog and fb beliau masih dalam pembinaan.. everything akan selesai pada 2014 insyaallah.. :)
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Gift daripada Sayheart Skincare

Assalamualaikum bloggers.

First sekali, thanks kepada Miss Azwar Syuhada sebab review hasil kerja aten. Hihihi dia suka ke tak itu aten taktahu. Tapi, hopefully dia sukalah dengan hasil kerja aten.

Pagi tadi, lepas je habis sarapan tiba-tiba van poslaju hon. Mula mula taktahu siapa punya agaknya yang dia hantar. Sekali tengok nama aten. Okay terkejut beruklah kan hahaha. Lepastu tengok nama pengirim daripada Ana Solehah Sayheart Skincare.


Tengok tu siapa ada kad comel lagi dari beliau. Thanks kak fot the gift. Insyaallah aten akan cuba benda ni. After seminggu nanti aten update perubahan muka aten. Serius aten cakap, bau dia best and tak rugi kalau cuba. Korang yang ada masalah muka tu boleh cuba tau. Jangan risau, ni bukan tiruan ke apa. Insyaallah berjaya..

Aten dah buat research Sayheart Skincare ni dekat internet. Produk ni diperbuat daripada herba. So, jangan risau kalau korang ada guna produk lain ke apa, dia takkan ada effect apa-apa pun. Ana Solehah Sayheart Skincare sendiri yang cakap. Semuanya berjaya tau masa aten buat research tu. Bawah ni gambar beliau sebelum dan selepas menggunakan sayheart skincare ni.


Anything korang boleh contact Ana Solehah Sayheart Skincare di facebook. Klik je nama tu.

Any sponsorship, boleh email aten fhazwanikitty@gmail.com
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Tempahan Header Ala Ala Paris Atul

Assalamualaikum bloggers.

Alhamdulillah rezeki bulan 12 ni..ramai yang ambil tempahan dengan aten. Terima kasih sebab sudi tempah dan percaya atas hasil kerja aten.

Tema : Ala ala paris


Tinggalkan komen tentang design ini...
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Entri Tentang Syasya Solero, Bobo & Amar buat Pageview blog naik?

Assalamualaikum bloggers.

Petang tadi aten ada update pasal Syasya Solero, Bobo & Amar kan? Tak sangka entri tu ramai yang tertarik untuk baca. Entri tu dapat view tertinggi buat masa ni pada bulan December. Wahh nampak sekarang? Sebut je nama Syasya Solero, Bobo & Amar mesti ramai nak tahu.


See? Entri paling tinggi view. Entri lain tu pun ada juga tapi kurang view. Maklumlah kita bukan blogger famous macam Kak Uzu, Kak Azhafizah, Kak Yuyu, Kak Fatin Liyana and so on. Kita cuma blogger kecil je yang sibuk nak kongsi cerita dengan orang lain.


Pageview pun naik mendadak sampai 500ratus lebih. Malulah korang tengok pageview semalam :'( Sedih. Blog kita tak sefamous blog Kak Uzu, Kak Azhafizah, Kak Yuyu, Kak Fatin Liyana and so on. 

Kesimpulannya, Syasya Solero, Bobo & Amar sekarang dah popular hihi sampai ramai nak tahu cerita diaorang kan kan? 
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Syasya Solero, Bobo & Amar dalam WHI

Assalamualaikum blogger.

Siapa tengok wanita harini ini tadi? Ada si cantik Syasya Solero, Bobo dan Amar kan. Siapa tak kenal Syasya Solero dan Bobo yang semakin popular di laman sosial. Syasya Solero, Bobo dan Amar sudah terlibat dalam bidang seni. Tahniah.

Syasya & Bobo yang sering di bash akhirnya muncul di kaca tv. Mahu tak terbeliak bijik mata diaorang. Bobo dapat tawaran dari MIG. Syasya juga dapat untuk iklan dan video klip. Amar dengan lagu yang diciptanya :)


Kalau siapa yang tengok WHI tadi, korang sendiri dengar yang Bobo & Syasya tak sangka video yang hanya saja-saja terus jadi mcm ni. Dan, mereka juga kata video yang diaorang buat bukan untuk mencari populariti.Apa-apa pun rezeki masing-masingkan... :) Aten yang bercita-cita nak jadi anak seni, pun tak tercapai hahaha... Semoga mereka bertiga berjaya dalam bidang seni :)
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Template Blog Azwar Syuhada

Assalamualaikum bloggers.

Done finished design blog Miss Azwar Syuhada. First time tau dapat customer yang nak blog simple sahaja. Apa yang aten design over, mesti dia suruh tukar just nampak simple. Hahaha sokay itu bukan cerewet namanya. Sebagai designer, kita kena ikut kesukaan customer.

Template : Picture Window
Link : Miss Azwar Syuhada
Tema : Pink & Cream


Tinggalkan komen tentang design ini...
Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Bulan Cuti Sekolah, Bulan Khatan

Assalamualaikum bloggers.

Macam biasa..bila cuti sekolah tiba, budak budak lelaki sekolah rendah mesti ada yang nak khatan atau dalam perkataan "sunat". Haha kadang kadang ada yang serius nak sunat, kadang kadang ada yang nak sunat mak ayah suruh. Macam macam kan? Yang bestnya, bila sunat ramai-ramai.

gambar hiasan

Haa aten ada sorang adik lelaki umur 9 tahun. Dia memang beriya-iya nak sunat. So dia sunatlah tahun ni dengan sepupu dia dua orang. Haha dah besar dah dia.

Ni hari pertama dia bersunat. Baru balik dari klinik and now duduk atas kerusi sementara tunggu ibu ayah belikan kerusi malas untuk dia. Haha like a boss gitu.

Ni pulak hari kedua dia bersunat. Biasalah kan baru sunat, bius pun dah habis. Lelap jelah kerja dia. 

Adik lelaki korang dah bersunat ke? Hihihii, mailah share cerita dengan aten.
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Saksikan Puteri Awani Dalam 3R pada 8 Disember di TV3

Assalamualaikum bloggers.

Harini saja nak kongsi.... Kenal lagi tak Puteri Awani? Yang hot pasal video couple seminggu tu.. Orang yang ramai bash tu akhirnya muncul di kaca tv tau besok hari. Haaa kepada peminat Puteri Awani tu jangan lupa tengok dia di kaca tv. Taktahu nak cakap apa lagi. Lepas solat maghrib dan mengaji, boleh lah duduk depan tv tengok Puteri Awani :D

KEEP READING

Share or Like, thank you.

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour
KEEP READING

Share or Like, thank you.

THE HOTTEST GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

Assalamualaikum bloggers.

Bismillahirahmanirahim.. today aten nak join giveaway by mama darwish. Hadiah awesome sangat... Tujuan aten join ni sebab nak support giveaway mama sekali.. Korang jom lah join..

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Mari sama sama kita meriahkan giveaway ni. Mana tahu ada rezeki kat giveaway ni. Jangan lepaskan peluang tau....Hadiah menarik sangat sampai nak cair aten tengok hihihi.. Hope ada rezeki kat giveaway mama darwish ni..

Note: Mama, i dont have instagram and twitter account. Hope diterimalah pernyataan aten ni.. Semua syarat dah dilaksanakan :)
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Video Syasya Solero, Puteri Awani & Bobo DLL tercalon dalam ABPPBH

Assalamualaikum bloggers.

Kenal tak mereka mereka di tajuk entry aten ni? Mesti kenalkan siapa tak kenal. Masing masing dah macam retis gitu. Disini aten nak ucapkan tahniah lah sebab video diaorang tercalon.... Semoga ada rezeki. Aten saje mention nama diaorang sebab diaorangkan tengah top sekarang. hihi betul tak betul tak? :)

Kepada peminat syasya, awani, bobo, nora danish, amar, anak tomok, dan lain-lain korang jangan lupa undi diaorang. korang pergi kat link ni ---> Aksi Di Youtube Paling Popular


Agak agak korang mana comel dan yang patut menang? Haaaa pilihlah mana yang patut menang :D Lama masa undi ni. Tahun depan keputusan dia........
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Tempahan Blog Dhira Norhaizad

Assalamualaikum bloggers.

Alhamdulillah rezeki cuti sekolah. Dhira Norhaizad pun telah memilih pakej blog yang diingini. Terima kasih kepada  Dhira Norhaizad sebab sudi menempah pada saya. Semoga awak suka dengan hasil kerja saya.

Tema : Blog Bird
Warna : Pink & Turqoise
Link : http://missdhira.blogspot.com/


Free Banner

Jemput singgah dan follow  Dhira Norhaizad. Dia baru dalam dunia blog ni. Selamat berblogging ya dear ^_^

Untuk tempahan boleh PM saya di fanpage atau emel saya : fhazwanikitty@gmail.com
Copyright Artwork & Design Duniaimpianfatin
KEEP READING

Share or Like, thank you.

Shawl & Papain Mask from Ana Solehah(sayheart skincare)

Assalamualaikum bloggers.



Sabtu lepas aten dapat shawl dari kak ana solehah  (sayheart skincare). Aten juga bakal jadi tukang promote produk tu :) Akhirnya sampai juga apa yang kak ana solehah nak bagi. Terperanjat lah sikit sebab bila bukak ada pulak gift kecil iaitu Papain Mask. Thanks kak ana solehah :)


Seriusly tak sabar nak tunggu produk sayheart skincare dari kak ana solehah. hiihihihihihi okaylah :)
KEEP READING

Share or Like, thank you.