HOMEPAGE
THE AUTHOR
FREEBIES
TUTORIALS
DESIGN PROCESS
PORTFOLIO

Tips nak cantikkan blog =]


Lalalala, updated blog kejap ! Walaupun exam, luangkan masa untuk blog =]

Ramai kawan blogger add aten kat facebook, then kata blog aten cantik, comel, nice. Lepastu, ada yg tanya macam mana nak edit blog bagi lawa? Huhe, act blog aten tak secantik blog Kak Lyssa, Kak Lettha, Kak Nazihah, Kak Una and sesiapa yg mempunyai blog yg superb lah ! Now aten bagitahu k sayangg =]

Template
Kauorang pilih template yg bagi kauorang senang untuk di edit atau template yg kauorang suka. Ramai kata, template denim, washed denim ni cantik kalau guna. Ouh tidak sayang, bukan itu saja. Simple template, window semua cantik. Itupun kalau kauorang pandai edit template then ia akan menjadi cantik =]

Warna
Sebelum kauorang buat apa-apa kat blog, lebih baik fikir warna apa nak letak kat blog? Baru sesuai. Kalau kauorang nak buat blog kauorang ada macam-macam warna, eg : pink, hitam putih . Sokey, takpe ! Asalkan, kauorang edit dgn betul-2 lah. Baru nampak cantik =]

Gadget 
Takperlu banyak sangat gadget. Sebab.....ia akan buat blog kita berat tau sayangg ! Bila blog berat, orang bukak sekejap jea, tak sampai 5minit dah tutup. Yes, i do that =] Kalau nak letak gambar banyak-2 dalam blog macam aten, jangan upload satu-2. Jadikan dia slideshow. Baru lah gadget tu nampak sikit. Setakat gadget bagi ikan makan, tu buang je lah kan =] Takpenting pun.

Header
Header kauorang jangan terlalu meriah sangatlah kan ! Simple-2 sudah. Lepastu, tulisan header letak yg comeyy-2. Kalau nak tulisan comey-2, kauorang download lah =] Kalau nak blog cantik, mesti sanggup buat apa saje kan? Hihi =]

Background
Background pilih lah yg comeyy-2 sikit. Banyak link background kat internet. Search lah. Belambak background comeyy tau. Kalau rasa malas nak search kan, kauorang pergi kat blog yg ada freebies background. Haa, guna diaorang punya. Tapi, jangan ambik sesuka hati jea. Credit lh diaorang kat blog kauorang. Ini untuk mengelak kan kauorang dari digelar "COPYCAT".

Tulisan/Saiz tulisan
Janganlah pilih tulisan yg susah orang nak baca. Juling mata blogger tu nanti baca entry awak tauu. Tulisan yg paling popular budak-budak blog guna sekarang ialah, Verdana, Arial, Trebuchet, Century Gothic. Itu jelah =] Paling cantik, paling kemas, paling popular dan paling baik punyaa tulisan =P Tulisan kauorang jangan lah kecik bebenor. Saiz tulisan paling maximum pun, 12px jea =] Kalau besar-2 sangat pun tak cantik pulak kan. Lepastu, entry kauorang janganlah kauorang penuh dengan warna warni.

Lagu
Kalau nak letak lagu jangan hidekan lagu tu okay. Kot kalau orang taksuka lagu kat blog kita, orang takboleh nak pause kan? So, better show musicplayer tu k sayangg =]

Itu je kot yang patut diberitahu? Haa, hope kauorang suka lah tips yg aten bagi ni =] Kbai <3

4 comments:

  1. assalam....jemput singgah blog saya... =D
    lensamerah.blogspot.com...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum <3
    Singgah Blog Saya Ya ! :3
    Btw thanks For Tips :D
    http://aisyaarahman.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. suka sangat totorial-totorial dalam blog ni.. banyak membantu saya untuk bina blog sendiri. terima kasih.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Jangan lupa datang lagi untuk cerita yang terbaru. Salam sayang dari owner blog

 
Thankyou for visiting | Template made by Fatin Hazwani.