Kunjungn Universitas Putra Indonesia YPTK Padang ke UKM

Assalamualaikum bloggers.


Alhamdulillah selesai sudah segala persembahan untuk minggu ni. Saya baru nak mula bergiat aktif dalam tarian di UKM dengan terlibat Kelab Tarian Aadyamaatra :D Taknaklah minat berhenti setakat sekolah hingga matrikulasi je.

Pada 4 Mac semalam, UPI YPTK Padang telah membuat kunjungan ke UKM. Bukan itu sahaja, mereka turut mempersembahkan beberapa tarian. Persembahan mereka cukup menarik! Banyak persembahan yang ditunjukkan pada malam itu.Persembahan dari pelajar UKM serta Aadyamaatra ialah Tarian Bakawali, Kepangku, Kanek Namuai. Persembahan dari pelajar UPI ialah Tarian piring dan ada beberapa persembahan saya lupa namanya. Persembahan pembukaan turut disertai oleh pelajar UPI iaitu Tarian Selamat Datang.


Setelah selesai, majlis disudahi dengan joget lambak ukm serta tarian endang UPI. Sangat menarik dan mereka sangat sporting. Nak bagitahu lagi, UPI sangat menarik tempatnya. Kalau sesiapa rasa nak belajar kat sana, haa bolehlh pergi. huuhuhu.












Ni antara video persembahan :D

TARIAN BAKAWALI

TARIAN KEPANGKU

TARIAN KAMEK NAMUAI

TARIAN DIA DATANG


Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.

KONSERT DIRAJA UKM 2017

Assalamualaikum bloggers.


Pada 18 Februari yang lepas, saya terlibat dengan persembahan bersama dengan peljar UKM daripada kelab Aadyamaatra untuk Konsert Diraja UKM. Harini saya nak kongsi pengalaman pertama saya terlibat bersama mereka.

Macam mana boleh terlibat?

Senior saya bagitahu ada sesiapa ke nak join persembahan untuk Konsert Diraja. Katanya diberi merit dan merit tinggi. Jadi saya pun taknak lah lepaskan peluang. Lagipun saya memang minat menari, jadi inilah peluang saya nak turut serta sama. Lepas bla bla bla bla, katanya perlukan seorang lagi perempuan. Jadi saya fikir lah, boleh ke erk saya join dengan mereka2 tu sebab hebat2 masing-masing. Lagipun saya seorang yang paling "junior" ketika tu. Hahahhaha, dan last sekali saya cakap saya nak!Terus diinvite kedalam group persembahan untuk hari tu.

Pada hari pertama praktis tu, memang nervous ah hahahaha. Sedikit demi sedikit dapat step tu. Ketika latihan tu, macam macam benda baru, posture badan yg betul saya belajar. Memang seronok lah.... penat tu biasa. Kalau dah minat, penat tu kena ketepikan.

Sehari sebelum show, keluarga decide nak datang tapi pas dah habis. Jadi keluarga tak dapat datang. Tu yang sodehhhhhhh tu :'(

Ni bukanlah persembahan pertama saya. Tapi nilah persembahan pertama saya dihadapan Yang Dipertuan Negeri Sembilan. Sebelum ni pernah terlibat dengn persembahan di Istana Budaya, JKKN, dan lain-lain. Serious nak cakap, dulu masa awal2 dulu menari masa 2007, menggeletar lutut, bibir menggigil bila senyum. Bila dah selalu menari, bibir menggigil tkde dah. nervous biasa je. Hahaha nasib mata rabun, so tak nampak audience. Nak pakai lens pun takut.

Akhir sekali, saya nak ucap terima kasih sebab bagi peluang terlibat sama :D

Saya nak share video short version dari UKM TUBE ketika konsert diraja haritu.


Ni pula video persembahan yang saya join :D Zapin Melayu.... video kredit: Maharam Mamat


Ni pula video persembahan Artis Budaya with all the seniors of Aadyamaatra Artis Sukma UKM

Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.

Sambutan Hari Jadi Adik Kesayangan

Assalamualaikum bloggers.


Harini merupakan hari lahir adik kedua bongsu saya Nur Aliah Qistina. Sebenarnya, hari lahir dia saya sambut awal iaitu pada 11 Februari sebab saya dah nak balik UKM. Jadi saya sambut awal untuk bagi dia semangat supaya ke sekolah. hihihihi ^_^ Adik saya teringin nak ada ramai org, ada topi, ada kek, ada makanan, dan semua yang sepatutnya ada ketika "birthday party" . Jadi saya tunaikan permintaannya dia. Tapi tak jemput org lain, hanya family sahaja. Sebab ahli keluarga pun dah cukup ramai 9 orang.

Lama juga plan apa nak beli hadiah, kek apa semua. Kek yang dia minta kek panda atau frozen. Tapi sebab dah lambat so takleh order, jadi kita beli kek secret recipe. Mahal tu biasalah haha janji sedap.Masa hari kejadian tu, dia taktahu kitaorang nak suprise kan dia. Yang dia tahu, kitaorang tipu dia cakap pada hari kejadian tu hari jadi orang lain. Hahaha.


Sementara siapkan kek, hiasan, makanan semua, kakak dia bawak dia keluar kejap. Lepastu, kitaorang siap2 letak spek crown birthday dan cekak kat kerusi dan suruh dia pakai. Lampu kat dalam dah tutup. haha dia masuk je terus suprise kan. Dia macam nak menangis sebab kakak yang bawak dia keluar bagitahu dia yang saya dah balik ukm. hahahah padahal kita kat dalam tergelak2 nak suprise kan dia. Alhamdulillah semuanya menjadi. Dia pun suka. dapat kek, dapat kfc, dpt hadiah, happylah semua orang malam tu. Takpelah duit habiss banyak pun untuk adik kesayangan :'D tapi saya sayang semua adik saya. Saya cakap dia adik kesayangan sebab ingatkan dia adik yang terakhir, rupanya ada lagi satu adik :p hehehhee


Ini adalah video ketika suprise hehehehehe maaflah suara tu....

Keep Reading (Teruskan Membaca)

Share or Like, thank you.
 
Copyright 2017 Fatin Hazwani | Blogger Designer.